Showing posts with label Liku-Liku Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Liku-Liku Kehidupan. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

DILEMA : WANITA

Kesimpulan yang mampu dibuat oleh penulis setelah berdepan secara langsung dengan wanita dalam tempoh satu semester...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca. Tidak mahu intro panjang-panjang, terus kepada tajuk. YEAH!!!

Sebelum anda membuat sebarang sangkaan awal terhadap penulisan ini, perlu saya nyatakan awal-awal yang entri kali ini tidak bersifat jiwang, romantik, dan sebagainya. Kalau anda rasakan saya ingin menceritakan saya sedang dirundung demam rindu, angau, sangap (agak tidak senonoh disitu) atau sebagainya, jawapannya adalah TIDAK!!!

Er... mungkin bukan dalam entri kali ini... hehehe *blushing* (#'_'#)

Hek eleh... Ingat orang kisah ke? Straight to the point sudeeehhh..... -Man Lepak

Hmmm.... baik. Apa yang DILEMA WANITA sebenarnya?

Apa yang saya akan ceritakan kepada anda adalah sebuah kisah benar. Mungkin ada sedikit penambahsedapan dalam cerita tersebut, tapi insyaallah tidak mengganggu kesahihan cerita, don't worry. Kisah yang agak menyayat hati (setidaknya untuk sayalah). Bacalah dan ambil pengajaran... kalau ada.. hehehe

***

"Alamak, banyaknya perempuan. Apasal gabra semacam ni. Aduyai...."

Itulah perkara pertama yang keluar daripada otak aku apabila dipanggil untuk memperkenalkan diri dihadapan kelas. Perasaan ketika itu bukan takut, bukan gemuruh tetapi... entahlah. Aku tidak tahu apa yang membuat aku tergamam seketika ketika dihadapan kelas ketika itu, yang pasti, aura pandangan daripada pelajar perempuan sekelas Aku macam peluru mesingan. Bertalu-talu menusuk dada. Aku terdiam macam orang bodoh... er.. orang kurang pandai.

2 minit kemudian...

"... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... my name is..."

Akhirnya keluar juga sesuatu daripada mulut ini. Berkat basmalah agaknya. Aku berjaya tamatkan self intro seperti biasa. Kemudian aku duduk, dan aku berfikir...

"Bodohlah aku tadi. Apa ni?! Apasal boleh slapstick pulak tetiba nih? Ish..."

Aku cuba men'figure out'kan apa yang berlaku. Mungkin kerana aku sudah lama tidak bercakap dihadapan. Mungkin kerana aku tidak biasa berhadapan dengan crowd kaum hawa yang ramai.
Apa pun sebabnya, aku tidak suka dengan keadaan ini. Aku perlu berubah.

***

Aku berjalan dengan seorang dan satu-satunya rakan sekelas lelaki dalam sebuah kelas seramai 17 orang pelajar, Jamal. Arah tujuan aku dan Jamal ketika itu, aku sudah lupa.

"Hey, Jamal, mari sini kejap,"

Panggilan itu datang daripada seorang rakan perempuan sekelas aku. Rakan lelaki aku, spontan, terus pergi ke arahnya. Mereka bercakap tentang sesuatu. Aku tunggu. Mereka habis berbual. Kami teruskan jalan.

"Dia nak apa Jamal ?"
"Dia mintak nombor aku, senang nak contact,"
"Oh..."

Kami diam. Kemudian Jamal tiba-tiba bersuara...

"Tadi aku tanya dia, why don't she asked for your number, then dia cakap, Aku tu lain sikit,"
"Lain sikit? Lain macam mane?"
"Entah,"
"Hmmm...."
"Maybe the face you always putlah Aku, as if you wanted to eat everyone tau,"
"Laah, muka aku memang macam ni, diorang nak aku buat apa?"
"Takdelah, try talking to them, be friendlier,"
"Hmm...."

***

Dihadapan aku kini ada tiga orang pelajar hawa sekelas. Sebelah kiriku ada Jamal. Kami di dalam perpustakaan,
berbincang tentang subjek yang kami cukup buntu ketika itu. Sehinggalah salah seorang pelajar hawa tiba-tiba berkata...

"Eh Aku, tak sangka kau boleh bercakap eh? Aku ingat kau ni sombong giler,"
"Sombong? Takdelah, korang tak tanya apa-apa, aku pon senyap je lah,"
"Huh? Cakap je lah, Jamal okay je,"

Aku pandang ke arah Jamal. Jamal tidak berkata apa-apa.

"Aku dari sekolah lelakilah. Aku tak biasalah cakap dengan perempuan kalau takde sebab,"

Mereka bertiga buat riak muka sedikit terkejut. Serentak. Tiba-tiba yang lain pula buka mulut...

"So, you never have a girlfriendlah?"

Eh? Tetiba pulak tanya pasal teman wanita. Aku terasa sedikit geli hati.

"Takdelah, kitorang semua baik-baik," balas aku, cuba berjenaka.
"Oh, so you're kind of like a virgin... hahaha,"

Mereka bertiga ketawa. Aku tidak tahu mengapa turut tersenyum. Aku pun tidak begitu pasti apa yang begitu kelakar.

Tapi, yang pasti, hatinya sedikit lega. "Setidak-tidak mereka faham, aku taklah kena cop sombong lagi," Aku  gembira.

"Eh, apa yang kita bincang tadi? Korang ni gelak je, borak lebih, apa yang kita discuss pon dah lupa,"

***

Beberapa minggu telah berlalu. Aku semakin selesa berkawan dan bekerja dengan rakan-rakan perempuan. Tiada lagi cop sombong. Tiada lagi gamaman. Tiada lagi segan tidak bertempat. Lelaki atau perempuan, sama sahaja. Itu yang aku fikirkan dan aku percaya.

Aku percaya, selagi dia berlagak sebagai an average good guy, seperti yang selalu dikatakan rakan perempuan kelasnya, tiada lagi yang akan merasakan dirinya pelik. Aku cuba menjadi seperti Jamal. Jamal seorang gentleman, ramai yang memuji Jamal atas sifat toleransi dalam komunikasinya. Jamal seorang pendengar pendengar yang baik, kata-katanya lembut. Aku agak kasar dalam berbicara, Aku tidak pernah sedar, tetapi rakan-rakan sekelasnya rajin menegur, dan Aku suka mendengar teguran.

Aku sedikit cemburu dengan Jamal. Aku ingin berubah menjadi gentleman juga. Tiada apa yang salah berubah menjadi lebih baikkan? Dan seandainya perubahan itu buatkan mereka lebih selesa bersama aku dan hati aku lebih tenang, tidak ada sebab aku untuk tidak berubah.

Jadi aku menjadikan Jamal sebagai model. Jamal tegur, aku pun tegur. Jamal mengusik, aku pun mengusik. Jamal senyap, aku pun senyap.

Aku berlakon menjadi Jamal yg sentiasa selesa berbicara dengan perempuan. Aku jadi semakin berani. Mereka juga nampak lebih selesa bersamaku. Aku rasa diri aku diterima. Aku sukakan perasan itu.

***

"Hey Aku, gi belakang kejap, aku nak cakap something,"

Kenapa dengan si Lisa ni? Apahal macam sulit benar bunyinya?
Tanpa banyak soal, perlahan aku bangun daripada kerusi dan menuju ke arahn belakang kelas, bersama Lisa.

"Aku, hari ni ramai budak taknak pergi kelas Arab. Budak kelas Zia semua taknak pergi. Kau calllah Ustaz, suruh dia cancel kelas ke apa, daripada buat kelas takde orang datang,"

Jelas Lisa panjang. Aku hanya membisu.

"Nantilah, biar aku cakap dengan Jamal,"

Aku menuju ke arah Jamal. Belum sempat aku duduk, Jamal terus bertanya kepadaku...

"Ada apa Aku? Kau cakap apa dengan Lisa?"
"Dia mintak aku call Ustaz untuk batalkan kelas, budak kelas Zia ramai yang taknak pergi. Hish, inilah masalahnya bila bergabung dengan kelas lain untuk bahasa Arab. Aku tak kisah kalau nak batalkan pon. Sudahlah petang ni ada kuiz ICT, boleh aku baca buku kalau takde kelas. Cuma sekarang ni, nak ke Ustaz Idris cancelkan kelas? Kau tahu lah, dia kan semangat masa mengajar, aku tak rasa dia nak batalkan kelas," kata aku sambil tanganku pantas mencapai telefon bimbit.
"Diorang tak nak datang?! Kan hari ni kelas last Ustaz Idris? Selfish gile,"
"HAH!? Aduh, baru aku ingat,"

Astagfirullah, baru aku teringat hari ini kelas terakhir bersama Ustaz Idris. Berat hati aku hendak menelefon Ustaz Idris. Beliau seorang penceramah yang amat-amat suka mengajar. Amat-amat suka. Penceramah yang paling cepat mulakan kelas, dan yang paling lewat sekali menghabiskan kelas. Ceramah dan teknik pengajarannya juga amat bagus dan penuh dengan semangatnya untuk berkongis ilmu. Mudah cerita, berilah walau seribu alasan, penceramah yg seorang ini, memang betul-betul seorang lecturer sejati. Batalkan kelas kerana separuh kelas tidak ada? Hatta tinggal seorang sahaja pon, belum tentu pasti beliau akan batalkan kelas.

Itu pada hari biasa. Bayangkan, pada hari terakhir ceramahnya disini. Batalkan kelas? Tidak mungkin... Laisa munasib li aqlinnaas... (Tidak logik untuk akal manusia)

Aku pusingkan kepalaku ke belakang, dan berkata kepada Lisa...

"Tapi hari ni kelas terakhir Lisa, tak sampai hati pulak aku nak cakap dengan Ustaz,"
"Masalahnya, takde orang nak datang. Budak kelas Zia semua taknak pergi. Kesian Ustaz buat kelas takde orang,"

Aku senyap seketika.

"Macam inilah. Biarlah budak kelas Zia taknak pergi. Biar kita sahaja yang pergi. Kalau mereka taknak datang untuk kelas terakhir Ustaz Idris, biarlah kita sahaja yang datang"

KAU SORANG JE YANG NAK DATANG!

Aku terkejut. Nora yang senyap tiba-tiba bersuara lantang ke arahku.

Aku tidak sama ada hatiku yang sakit atau tapi cuma egoku yang tercabar. Tapi, aku akui, aku geram.
Memang tahap kesabaranku tidaklah setinggi mana, tapi aku masih boleh berfikir. Balasan tiris Nora ketika tidak dapat aku terima.

KALAU MACAM TU, KAU CAKAP LAH SENDIRI, KAU YANG TAKNAK DATANG, KAU SURUH AKU NAK BUAT APE!

Aku duduk. Kelas menjadi sunyi.

"Kalau taknak aku jadi kurang ajar, janganlah buat perangai kurang ajar," rungut aku dalam kepala.

Danial disebelahku senyap sahaja. Amirul (budak lelaki ke-3 kelas itu, masuk agak lewat) menepuk-nepuk belakangku. Aku diam sahaja.

Dalam hati, aku marah pada diriku sendiri. Aku tidak rasa apa yang aku katakan itu salah, cuma tindakan untuk sama-sama meninggikan suara itu bodoh. Aku kalah pada emosi. Aku tewas.

ARGHH! BIARLAH! AKU DAH MALAS NAK FIKIR!

***

Beberapa hari telah berlalu. Sejak dari peristiwa itu, seolah-olah ada satu dinding ghaib antara aku dan rakan perempuan sekelas. Aku seperti telah mengisytiharkan perang dengan mereka. Kebetulan kami cukup dekat dengan peperiksaan akhir, aku pun sudah terlalu sibuk untuk memikirkan semua ini.

"Kalau kita buat perkara yang betul, dengan niat yang baik, insyaallah penamatnya akan baik juga," kataku di dalam hati.

Namun, pada suatu hari...

"Aku, kau nak tahu tak apa yang sebenarnya jadi antara kau dengan budak perempuan kelas kita?"
"Jadi apa?" aku hairan.
"Pasal yang kau marah pasal kelas Ustaz Idris tulah..."
"Oh, yang tu. Hmm, ceritalah..."
"Swear to me you won't be angry?"
"Tengoklah, tapi kalau aku marah sekalipon, bukannya ada effect kat sesape,"
"Hmm, truth is, semua budak perempuan kelas kita tak suka dengan kau,"

...huh? HAHAHAHAHA

Aku tergelak. Benar-benar kelakar. Geli hati. Kata-kata Jamal ditambah dengan riak mukanya menggeletek ulu hatiku.

"Tak suka? Tak suka sebab apa?"
"Because they thought you're a hypocrite. Kau pun ada juga tak datang kelas Arab, tapi masa orang tak nak datang, kau marah macam kau tak pernah buat,"

DUSH!!! Tepat ke mukaku....

"Memanglah, tapi masa tu kan kelas last Ustaz Idris. Mana sama. Lagipun, kalau dah taknak datang sangat, janganlah cakap dengan aku, pastu suruh aku cakap dengan Ustaz, cakaplah sendiri," bela aku. Tidak sangka pula mereka berfikir begitu.

Jamal hanya mengangkat bahu.

"And it's not just that,"
"Ada lagi? Takpe bro, bagi je semua. I'm all ears,"
"Diorang tak suka cara kau dengan perempuan,"

Jamal diam seketika, dan sambung berhujah...

"Memanglah kau tak tackle sape-sape, but it's like you're flirting with everyone taw. Diorang cakap, kau bercakap dengan ramai gile perempuan,"

Flirting?
Menggatal?
Siapa yang aku menggatal?

"Aku tak faham. Aku flirting dengan sape? Flirting yang kau maksudkan tu macam mana?"
"Flirtinglah... Kau berbual dengan ramai orang taw, semua kau tegur,"
"Hey, aku kawan dengan budak kelas kita jelah, pastu budak Law Student Society, pastu budak debat,"
"Exactly,"

HAAA?!
Aku masih tidak faham konteks 'menggatal' yang dimaksudkan. Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Jadi apa kaitan dengan semua ni,"
"Senang kata, diorang dah menyampah dengan kau dah lamalah..."
"Pulak? Selama ni aku cuma ikut apa yang kau buat je. Kau friendly, aku pon try jadi friendly lah. Aku pun cuma tegur. Ada ke aku ngurat ke? Ada ke aku bagi surat cinta ke?"

Jamal sekadar mengangkat bahu. Aku semakin keliru. Kepala tiba-tiba jadi gatal. Makin kuatlah aku menggaru.

Bertalu-talu soalan aku ajukan pada Jamal. Aku inginkan kepastian. Aku inginkan jawapan.

Jamal tetap tidak mahu memberitahu kepadaku siapa yang menyampaikan berita itu kepadanya. Yang aku tahu, orang yang dahulu berkata aku sombong kerana tidak buka mulut, kini kata aku kuat menggatal kerana terlebih buka mulut pula. Ironi bukan?

Tiba-tiba aku rasa menyampah dan meluat sungguh. Mereka anggap aku ni apa?
Selama ini, di saat aku membantu, itu menggatalkah?
Selama ini, di saat aku gelak ketawa bersama mereka, itu menggatalkah?
Selama ini, persahatan yang aku hulurkan, itu menggatalkah?

Perasaan marah terhadap mereka jadi hilang, berubah kepada kecewa. Apa yang mereka aku lakukan?
Aku kecewa kerana aku dianggap penipu, kerana watak Aku yang baik dan peramah cuba dimainkan, disalah ertikan kepada mamat hipokrit dan miang. Aku kecewa.

Sehingga kini, aku masih tidak mengerti... Apa yang difikir oleh seorang wanita... DILEMA WANITA

TAMAT

Itulah DILEMA WANITAnye.... Haaa... Amacam? Terhibur tak?

Hek eleh... ini je ke? Lu cakap awal2 cam kencang abes bro, sekali gua baca cam cerpen budak pra sekolah je... Bosan la... BOOO~ - Long Macho

Hish, tak membina sungguh kritikan. Maaflah kalau anda tidak suka cerita di atas. Kalau suka, alhamdulilah. Perlu diingatkan, saya ini amat amatur dalam bidang penulisan ini, umpama anak seekor ikan guppy yang comel di dalam lautan luas, yang dipenuhi jerung, paus, ikan lumba-lumba, ikan todak dan macam-macam hidupan akuatik lain... Senang kata, memang kecil sangatlah....

Berkenaan pengajaran dalam entri DILEMA WANITA kali ini, saya suka mengingatkan kaum lelaki yang agak 'blur' dalam berhadapan dengan wanita agar bersedialah dengan situasi seperti di atas. Bukan anda juga akan menjadi seperti Aku, mungkin tidak, tapi tidak salah untuk beringat bukan?

Seandainya ada mana-mana pembaca yang terlibat dengan cerita di atas, saya ingin meminta maaf jika penulisan ini mengguris hati anda. Saya langsung tidak berniat sebegitu rupa, dan sebenarnya, semua watak-watak yang terlibat dalam cerita di atas telah banyak mengajar saya dalam menjadi lebih matang. Untuk itu terima kasih banyak-banyak, syukran jiddan, merci beaucoup.

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Sekian 
(◕‿◕) 

Friday, August 24, 2012

ADAKAH INI CHENTA?

Cinta itu suci, indah, seronok, marvelous, awesome, outrageous dan semua yang sewaktu dengannya...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang baik hati dan ringan jari mengklik link ke blog saya yang humble nih. Memang agak lama saya tidak menulis, kerana agak sukar untuk mendapat connection yg baik di mahallah (kepada anda yang masih tidak tahu, penulis kini belajar di CFS IIUM di Petaling Jaya, mengikuti program asasi undang-undang selama 1 tahun,insyaallah). Maka dengan kesuntukan masa dan ketiaadaan means yang membolehkan saya online, terpaksalah blog ini menjadi gersang.

Terus kepada tajuk post hari ini, berbicara tentang cinta, eh bukan... CHENTA... Haha
Ternyata perkataan CHENTA ini sarat dengan unsur gedik, mengada-ngada yang agak keterlaluan... dengar je pun dah meluat...

Baru-baru ini, ramai benar kawan saya yang tiba-tiba menjadi mat jiwang. Malam saja mesti mahu buka topik tunang dan kahwin. Saya yang innocent ni pula diminta jadi ahli panel. Ish... manalah saya tahu nak komen. Kalau jadi tukang komen politik tu boleh la sikit-sikit, tapi kahwin-kahwin ni... saya boleh sengih je

Akibat tsunami cinta yg melanda kampus, saya terdetik menulis sedikit mengenai cinta daripada perspektif saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan perkongsian bersama rakan-rakan.

Trend bercinta pelbagai dan bervariasi... berikut saya senaraikan secara lebih terperinci :

1st Trend : Jiwang MeleleeeeeeehTrend ini agak popular dikalangan kebanyakan remaja di Malaysia dan dapat dikenalpasti dengan ayat-ayat super jiwang yang digunakan oleh pasangan tersebut. Perkataan 'sayang, baby, dear, daddy, mummy' secara rasmi menjadi  kata ganti nama pertama dan kedua mereka. Berdasarkan pemerhatian saya, golongan ini lebih sensitif dan amat mudah tersentuh dengan perkara yg dalam hemat saya, agak remeh (lupa ucap selamat malam,lupa bilang I LOVE YOU, tidak tukar relationship status di FB). Kumpulan ini amat menghargai perhatian daripada pasangan masing-masing dalam pelbagai hal, yg sebenarnya menjelaskan mengapa mereka kelihatan sangat dependent antara satu sama lain. Sebab itulah kalau yg lelaki demam, yg perempuan pula yg tidak lalu makan. Bila yg lelaki fail exam, perempuan pula yg menangis teresak-esak.

2nd Trend: Kreek Kreek Bunyi Cengkerik
Berbeza dengan yg diatas, kumpulan ini lebih senyap dan tenang. Senyap dan tenang yg bagaimana? Konsepnya begini, mereka mengaku sedang bercinta, tetapi mereka tidak begitu menunjuk, atau tidak tunjuk langsung mereka bercinta. Berbual sama sendiri tidak ubah macam kawan biasa. Emosi dan perhatian yg diberikan nampak macam mereka pasangan yg sudah kahwin lebih 20 tahun, bosan dan hambar. Antara mereka memang bijak menyimpan perasaan, ataupun mereka memang tidak suka beromantika berlebihan, mereka sahaja yg tahu.

3rd Trend: Hot Couple
Hot yg saya maksudkan bukanlah pada rupa, tapi kepala pasangan kekasih ini. Percintaan mereka meriah, kerana ada sahaja isu yg ingin dipergaduhkan. Hari ini sebab gaduh lama tak call (dah tak caring, dah tak kesah), esok berdamai, lusa gaduh pasal terlebih call pulak (takde privasi, bil melambung). Secara peribadi, saya pelik dengan golongan ini. Bukan apa, kalau nak cari teman gaduh, tak perlu cari kekasih rasanya, ngabehkan boreh jo...

4th Trend: Hanya kau dan aku yang tahu
Perbezaan yg paling ketara dalam trend percintaan seperti ini adalah selalunya golongan ini tidak mengaku mereka bercinta... atau sebenarnya mereka memang tidak bercinta pon. Cuma, bila bertembung dekat jalan, yg lelaki tersengih-sengih, yg perempuan pula control ayu. Bila berbual, mata antara pandang tidak pandang, melilau ke siling, ke lantai untuk mengelakkan eye contact. Masing-masing nampak suka sama suka, tapi mereka berpegang pada prinsip biarlah hanya kau dan aku yang tahu (sebenarnya, dalam kebanyakan kes, bukan mereka je yang tahu, semua orang dah tahu, cuma malas nak komen je).

Berikut sedikit sebanyak trend percintaan paling popular yg dapat saya kongsi bersama anda semua. Perlu saya nyatakan, saya sendiri tidak begitu suka pada erti kata 'percintaan' yg selalu diamalkan oleh kebanyakan remaja dan rakan sebaya. Mungkin berbunyi agak tradisional bagi sesetengah orang, tetapi, bagi saya tidak boleh ada perhubungan yg intim lebih daripada teman baik sebelum perkahwinan. Suka menyukai,  minat meminati, dan cintan cintun memanglah resmi hidup remaja, tetapi perlu ada batasan yg harus diikuti setiap masa.

Atas sebab itulah banyak persoalan berkenaan method bercinta dipersoal, untuk memastikan tindakan bercinta itu agar tidak melanggar hukum agama dan adat. Saya bukan seorang berilmu yg boleh memberikan sebarang komen khusus dalam hal ini. Macam-macam yg saya baca, kejap kata OK, asalkan tak langgar batasan, tidak pegang-pegang, tidak buat maksiat. Ada yg kata tidak boleh langsung ada hubungan kasih antara insan yg bukan muhrim sebelum perkahwinan. Mana yang betul? Wallahu'alam... Saya tidak bercinta, jadi saya tidak kisah sangat...hehehe

Pada rakan-rakan yang sedang hangat bercinta, saya ingin berpesan daripada prospek seorang pelajar. Buat tempoh masa ini, kita perlu sentiasa ingat akan tujuan dan target yg kita ingin kecapi buat masa depan. Cinta itu indah, tetapi, nak beli beras, ikan, susu anak, pampers semua guna duit. Belum ada cadangan lagi untuk matawang rasmi Malaysia daripada Ringgit ke Cinta, jadi sebelum masa itu tiba, anda kena ada kerja. Pandai-pandailah fikir sendiri. Alah, mengayat pandai, takkanlah perkara simple macam ini tak boleh fikir, hehehe... Pesanan untuk anda dan diri saya sendiri.

Sehingga sini sahaja coretan saya buat kali ini, bittaufiq wannajah, wassalamualaikum wbt :)

Sunday, April 8, 2012

TUDUNG:KACAMATA SEORANG LELAKI

Pandangan peribadi penulis mengenai wanita yang bertudung, melalui prospek seorang lelaki yang tidak pernah diwajibkan mahupun digalakkan untuk memakainya...

Sebenarnya, hasrat penulisan saya pada kali ini dicetuskan daripada satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang rakan maya di Facebook.Bunyinya begini...


Hari ni pakai PASHMINA!!! <3 <3 <3
posted by Awek Cun


Saya yang tak pernah kisah pasal pashmina pon tiba2 jadi kisah pulak bila tengok status sedemikian. "Pashmina ni kejadah ape?". Sebagai seorang peminat Hamtaro, satu2 nye pashmina yang saya tahu adalah seekor hamster betina.



Comel kan?


Hmmm... pashmina dan gadis.... pashmina + gadis = ???
Jadi dengan penaakulan secara mantik dan penuh teliti, otak saya yang cerdik ini telah menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh Awek Cun adalah seperti ini.



.... Errr... Ish... Cam tak logik la pulak
akhirnya saya pon mengalah dan terus merujuk kepada tok guru saya, Google. Tak sampai seminit, saya pon faham lah pashmina itu apa. Rupa2 nye pashmina ni adalah sejenis tudung berenda yang boleh dikatakan agak popular dikalangan gadis2 sunti. Kepada lelaki yang memang tidak pernah ambil kisah pasal fesyen tudung perempuan (macam saya), bolehlah rujuk gambar di bawah.

Boleh tahan cantik juga model ni....hehe

DAH!!! Jangan pandang lama2! Tak baik....

Inilah pashmina dikatakan itu rupanya. Sebelum ini, saya dua jenis tudung sahaja; tudung biasa dan tudung Indon @ tudung sarung malas...haha

Semakin hari, semakin fesyen tudung yang diperkenalkan kepada umum. Macam2 ada. Menurut adik perempuan saya, fesyen terkini yang popular dikalangan wanita muda dan tua hari ini termasuklah lycra korea, syria, hana tajima (eh? macam nama orang je), tudung bawal, selendang (haa.. yg ni macam pernah dengar) dan platinum lycra. Saya bertanya, mengapa Platinum? Platinum bukan besi ke? Ni tudung ke helmet???!!

Adik saya mengangkat bahu dan geleng kepala... No comment

Bila berbicara soal fesyen bertudung, saya tidak boleh tidak daripada berfikir mengenai  gaya tudung Yuna dan Najwa Latiff. Kenapa?
Bukan sebab mereka cantik, bukan sebab mereka penyanyi yang berjaya membina nama melalui YouTube, dan bukan sebab saya meminati lagu2 mereka (Terukir Di Bintang... layaaaannnn~)
Tetapi fesyen tudung yang sangat extravagant dan berat.
Mengapa berat? Sebab mereka memakai tudung berlapis2. Tak berat ke kepala? Kesian saya melihat penyanyi muda berbadan kecil dua orang ini, nampak lagi besar kepala daripada perut. Kalau diacah dari tepi, mahu tumbang tak boleh bangun... haha

Sebelum ini, antara keluhan yang paling common yang selalu saya dengar daripada mulut perempuan yang bertudung adalah panas dan bahang. Berpeluh2.Kalau mereka dilihat di bawah terik mentari, memang kasihan. Sudahlah mereka sememangnya mengenakan baju labuh, ditambah lagi dengan tudung, sudah pasti benar2 terasa 'kenikmatan' matahari.  Dalam hal ini, saya ingin melahirkan rasa hormat dan kagum kepada golongan muslimah yang menjaga aurat dimana sahaja mereka berada :)
Menyedari keadaan ini, saya mengharapkan pemakaian tudung akan berubah menjadi lebih ringkas, tetapi tidak, makin kompleks pulak jadinye. Kalau dahulu pakai selapis sudah berpeluh, lepas ini memang lencunlah satu badan dibasahi peluh.

Tidak lagi dikira masa yang diambil untuk mereka bersiap. 
Mula2 lapis satu... 5 minit
Lapis dua... 3 minit
Lapis tiga... 4 minit
Lapis empat.. 10 minit... SIAP!  Tiba2 terasa kepala macam gatal pulak... buka balik tudung... garu2... ok, mula semula

Amboih! Kalau nak pakai tudung dah nak setengah jam, belum masuk pilih baju, make-up lagi...
 Ish, pakatnye, kalau nak janji nak keluar berbuka puasa dengan boyfriend, dah masuk azan isya' pon belum berbuka lah gamaknye...

Bagi saya, pemakaian tudung adalah amat manis. Ayu, sopan dan memikat hati. Selain diwajibkan ke atas setiap muslimah seperti mana yang difirmankan dalam Al-Quran, bagi saya, pemakaian tudung dapat menyelamatkan imej ramai wanita yang tidak mempunyai rambut yang cantik... atau dalam bahasa rempitnya... SERABAI

Dengan pemakaian tudung juga, secara umumnya, muslimah akan meletakkan dirinya ke satu tahap penampilan lebih baik. Sebab itulah, menjadi satu kebiasaan kalau ada makcik2 yang menyatakan hasrat mereka bermenantukan gadis yang bertudung. Supaya tidak malu pada jiran tetangga, kata mereka.
Ramai pula yang agak kecewa dengan stigma seperti ini. Bagi mereka, tidak adil untuk meletakkan pemakai tudung sebagai baik, dan yang tidak bertudung sebagai tidak berakhlak. Jawapan saya mudah, soal hati ini tidak boleh dibaca, biarlah Tuhan yang menilai. Kita manusia, kita nilailah apa yang zahir di mata... :)

Secara peribadi, saya memang lebih suka melihat wanita yang bertudung berbanding yang tidak. Pertama, saya dapat memandang tanpa kerisauan dan resah kerana semestinya tiada dosa2 free akibat memandang aurat. Bagi saya, pemakai tudung ini lebih ayu dan manis. Tampillah dengan fesyen yang sederhana, tidak perlulah berlapis2, anda sudah cantik dan menawan meskipun tanpa tudung yang berat... hehe
Saya hanya menyatakan preference saya kepada pemakai tudung yang simple, tidak pernah terlintas dihati saya untuk mengkritik penggemar tudung yang trendy. 
Bak kata abang Bruno...

Cause you're amazing, just the way you are...

Terima kasih dan mohon maaf saya tersalah kata, terkasar bahasa... salam

Monday, December 5, 2011

MENCARI DEWASA

Perjalanan yang sukar menjadikan anda lebih matang... secara teorinyalah...



SATU persoalan yang selalu bermain di benak fikiran saya... keperluan kesedihan dan pengorbanan dalam menjadikan anda seorang yang 'dewasa'. Perlukah anda jatuh untuk belajar berdiri? Sedih untuk belajar erti gembira? Susah untuk belajar erti senang? MATI UNTUK BELAJAR ERTI HIDUP?


Secara peribadi... saya sendiri cuba belajar erti matang yang sebenar... saya cuba mendidik diri untuk menjadi tenang dan 'cool' dalam setiap keadaan... kerana saya percaya itulah maksud matang yang sebenar... apabila anda tenang, anda boleh berfikir jauh lebih baik daripada ketika anda dikawal emosi...



Saya memang emosional... dan sensitif tidak bertempat, haha. Betul, terlalu ramai yang menegur sifat buruk saya ini, namun sampai ke hari ini... saya masih gagal untuk berubah... saya tetap mudah marah dan berang bila berhadapan dengan masalah, padahal ketika 'ok', sayalah yang paling galak membuat lawak untuk menceriakan suasana... ironi, tapi memang betul...



2011 merupakan tahun yang sangat sukar untuk saya... terlalu banyak perkara yang berlaku, yang seronok dan gembira banyak, tapi yang sedih dan mengusutkan otak lagi banyak... Yang pasti, hampir semua masalah yang datang adalah kerana kegagalan diri saya sendiri... Disebabkan 'ketidakmatangan' saya...



Melalui hari2 yang sukar sepanjang 2011 sepatutnya menjadikan saya lebih matang.. sepatutnyalah...  tetapi yang apa terjadi, hanyalah pertambahan memori2 kurang menyenangkan dalam cerebrum saya, dicampur pula dengan badai perasaan yang melanda jiwa kudus saya ini, haha.. nasib2



Dalam kebanyakan isu yang perlu saya hadapi... saya akan membuat pena'kulan secara win-win... dan saya akan mengambil keputusan yang saya fikir adalah terbaik semua pihak,haha... nampak bertimbang rasa sungguh kan? Tapi kesan keputusan selalu tidak seperti yang diharapkan... saya ingat korbankan sedikit kepentingan diri adalah tindakan yang mulia, tapi malangnya pengorbanan itu bukanlah yang diharapkan oleh satu pihak lagi, umpama seekor kambing belanja rakannya seekor ayam makan rumput... lebih kuranglah... Kesannya, bukan sahaja saya rugi sebagai pihak yang berkorban, tapi juga rugi sebagai kerana saya akhirnya hilang teman yang saya harapkan untuk gembirakan dahulu.. seronoknye~~~~



Menyesal sungguh, disebabkan kebodohan inilah, ramai betul individu yang baik2 disekeliling saya menjadi benci dan marah terhadap saya... Saya nak buat apa? Redha sajalah...



Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama pembaca, janganlah jadi orang seperti saya... maksud saya, segala perkara bengap yang saya pernah lakukan,kerana anda pasti akan menyesal... Percayalah.. Belajarlah daripada kesilapan saya, dan jadilah orang yang lebih mengambil berat tentang pendapat orang lain... Walaupun keputusan anda, dirasakan terbaik untuk orang lain dan paling merugikan untuk anda, cubalah bertanya kepada orang lain dahulu... Saya tidak mahu bertanya dahulu kerana saya malu,hehe... OK... INGAT! Apa yang anda rasakan terbaik itu, mungkin adalah keputusan yang buat anda menyesal seumur hidup... :)

Friday, September 2, 2011

THE TRUE SDARIAN

Selamat tinggal SDAR...


Maka secara rasminya, Zaquan Arif telah dikurniakan gelaran yang cukup istimewa...
Cukup eksklusif dan istimewa... Kalau Dato' dan Tan Sri boleh dibeli...
Tapi gelaran ini... hanya untuk kami...
Ya... sama seperti senior-senior SDAR sebelum ini, kini saya pula memangku 'title' SDARA.



Dia mengejar kecemerlangan
tanpa lupa daratan

Berpewatakan hebat, bersopan

Setinggi mana kejayaan ditempa
Balik mencium tangan ibu bapa

Di barisan hadapan

sebagai pembela
Ilmu di dada menabur jasa
Semakin memuncak cita-cita
Semakin tunduk kepada yang Esa.

Akhirnya, setelah genap 5 tahun saya menjadi seorang SDARian, tiba juga masa untuk meninggalkan rumah saya di Sungai Gadut yang satu ini... Terlalu banyak yang berlaku sepanjang hidup di SDAR, sampai saya terasa berat hati, berat kaki, berat tulang dan segala jenis berat lagi bila tiba masa untuk melangkah keluar...

Kepada sesiapa yang tidak tahu dan ingin tahu,ayat berbunga di atas adalah Profil Pelajar SDAR... jangan tanya siapa yang cipta, mengapa ayatnya tidak sedap,tidak berima atau sebagainya... sebab jujur,kami yang SDARians ini pun tidak pernah diberitahu, masuk2 saja SDAR, sudah terpampang ayat ini di papan tanda sebelah blok Syahbandar dan Temenggung (kini dikenali blok Uthman dan Ali)...

Mengikut tafsiran saya yang lemah bahasa ini,Profil Pelajar mengingatkan kami untuk menjadi seorang yang berani, berketrampilan dan berkarisma (balak)... jangan pernah bersikap sombong dan bongkak... sentiasa menghormati guru dan ibu bapa... dan menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh... Amin...

Tinggi cita2 profil ini, tapi sayangnya sedikit sahaja yang mengambil peduli, dan lebih sedikit pula yang berjaya menepati ciri2 Profil Pelajar SDAR... malu untuk mengaku,tapi setelah 5 tahun,saya juga gagal untuk menjadi sepertimana yang benar2 diseru dalam Profil ini... THE TRUE SDARIAN...

Teringat pula masa pertama kali saya tiba SDAR untuk sesi pendaftaran... ketika itu keadaan meriah, ramai betul yang hadir ketika waktu pendaftaran, kereta bersusun sana sini... macam kenduri kahwin anak PM gamaknya... mana tidaknya, pelajar yang masuk SDAR hanya seorang,tapi habis atuk dan nenek,pakcik makcik,segala kaum kerabat datang berarak bersama... fuh!!

Ayah sangat kagum dan teruja,"Wah,ramai betul orang hantar anak ye bang,ni semua orang semangat nak anak sekolah tinggi2,".Letak sahaja kereta,datang pula seorang 'bro', bermuka tampan rupawan dan berpakaian kemas,  datang menyapa ayah dengan mesra dan macho... tangannya dihulur untuk bersalam... Pergh, ayah bertambah kagum... Bro itulah yang membantu kami sehingga habis urusan pendaftaran... Jujur,saya sendiri berasa kagum dan 'cair' dengan bro ini... Memang idola pelajarlah senang kata... Sebelum pulang,ayah sempat berpesan,"Bang jaga diri baik2, ayah balik dulu... ikut cakap abang ni... OK, ayah balik dulu,"... Ayah pergi...

*daun berterbangan,angin bertiup sayu,muzik sedih dimainkan...*

Yeah, saya pulang ke dorm dan terus menuju ke katil... Baring sambil menatap tingkap... memori mak, ayah, rumah, kucing, komputer... perlahan2 mengalir air mata... dalam sedu sedan,saya tertidur... Tidur... tidur... dan terus tidur....

WOIIIIII!!! FORM 1!!! KUMPUL TENGAH BLOK SKANG GAK!!! CEPATTTT!!! AKU KIRA SAMPAI SEPULUH!!! 1,2,3...

Terus saya terbangun dan menuju ke luar dorm, sedikit 'crack' dan tidak puas hati... "Malaun manalah yang pekik2 ni?"...pandang kiri kanan,budak2 F1 lain lari lintang-pukang turun tangga,cemas... Kalau boleh terjun, mungkin ramai yang sudah patah kaki terjun terus dari blok... Melihat mereka gelabah, saya pun turut serta 'menggelabahkan' diri,berlari ke tengah blok...

FORM 1 LEMBAB!!!
 TERHEGEH-HEGEH!!! KORANG LELAKI KE PEREMPUAN???!!!

Kecut perut... dikelilingi senior2 bermuka garang macam gengster Mexico,patkal saja tak pegang pistol dan sombrero,kalau tidak memang sebiji... Dua kali pandang, baru saya perasan, dalam kalangan gengster2 Mexico ini, terselit bro yang macho tadi... turut bersama menjerit dan men'psiko' kami... Dari saat itu, baru saya tahu, mereka memang pelakon serba boleh... Berlakon jadi hero boleh, berlakon jadi taiko pun ok,malah lagi gempak daripada taiko yang sebenar...

Haha... kelakar kalau dikenang kembali... kenangan ketuk ketampi sampai tak boleh bangun... tertidur sambil berdiri ketika di 'settle'... lari satu SDAR pakai baju melayu... kena lempang sebab tidak pakai baju melayu masa hari Jumaat... dan paling tidak boleh dilupakan... disuruh pumping 30... dalam ejaan... memang terbaek!!! Rasa nak putus nyawa...

Tapi percayalah... inilah yang menjadikan saya lebih kuat... dan sangat2 sayang pada SDAR...
saya juga percaya... dalam penat lelah,peluh keringat,busuk masam kami berpeluh ketika di'settle' setiap minggu... itulah yang mengikat kekuatan batch kami... GEMILANG 711...
kepada ahli Gemilang... friends forever guys... cheers!!!

SDAR... walau apa terjadi... aku tahu... kau dan aku...
kau akan sentiasa dalam hati aku... sebagai memori... sebagai guru... sebagai sebahagian daripada hidup aku... selamanya...

Sunday, August 28, 2011

SEGAN SANG TERUNA VS MALU SI DARA

Realitinya, siapa yang lebih pemalu?


Ya, itulah topik yang tiba2 terpacul dalam kotak minda saya yang berintelektual kelas pertama ini...haha
Siapa lagi pemalu? Lelaki atau perempuan?


Sebenarnya saya baru 'log out' dari laman sosial kegemaran rakyat Malaysia, yang telah menjadikan pemuda Yahudi biasa, kini menjadi kaya raya, yeah, Facebook!!
Seperti biasa saya akan meninjau status rakan2 maya saya, satu persatu...


Ada pasal tak bangun sahur....
Ada pasal bola...
Ada yang pasal SPM...
Ayat2 romantik (copy paste jer tu)...
Bosan...
"SIAL punyer fb... memg langsi..." wah, apsal ni...

Saya sedikit terkejut bila carutan 'heavy' itu datang daripada status seorang budak perempuan Melayu, macam mana boleh jadi kawan FB pun saya dah lupa. Maaf seandainya anda salah seorang daripada golongan ini, tapi saya sangat2 prejudis terhadap golongan kaum Hawa yang tidak tahu menjaga adab, meskipun di FB. Bagi saya, perempuan, khususnya Melayu, perlu untuk mempunyai sifat malu yang tinggi, barulah ada lelaki yang respek, hormat, cair dan terpikat... Mungkin agak kolot bagi sesetengah individu, tapi bagi saya, tidak boleh tidak, sedikit sebanyak, adab sopan dan kaum Hawa memang tidak boleh dipisahkan...

Berbalik kepada topik utama, siapa lebih pemalu? Sebenarnya agak sukar untuk saya menilai darjah malu bagi wanita, mungkin disebabkan kurangnya komunikasi saya dengan kaum berlawan jenis, maklumlah bersekolah satu jantina, bangun sahaja dari tidur,lelaki... dalam kelas, lelaki... riadah, lelaki.... sampai ke tidur, lelaki... aduuuhhh, nasib baiklah saya tidak bertukar minat terus kepada lelaki, nauzubillah...

Malu ialah subjek yang sangat meluas, ada dalam sosial, belajar, ibadat, dan sebagainya, sifat malu ini tidak boleh disamakan antara satu sama lain, ada orang sangat susah hendak dijadikan imam, katanya malu, ad sahaja alasan... tapi bila disuruh menyanyi, menari...M.Daud Kilau pun tabik...

Bersesuaian dengan jiwa remaja saya, saya lebih suka untuk meletakkan perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai subjek malu dalam penulisan ini. Dahulu, saya selalu merasakan lelaki akan lebih mendominasi dalam perhubungan, lelaki yang akan tegur, lelaki yang akan minta nombor telefon, lelaki yang akan meluahkan perasaan... Ini sekadar pandangan umum, sebenarnya saya sendiri pun tak berani nak buat perkara2 tersebut.. segan!!! Haha, mujurlah setelah saya menjadi semakin matang, saya mula belajar untuk berkomunikasi dengan perempuan secara profesional, tiada lagi malu2 dan sengih2 macam kerang busuk, kalau dahulu, hendak pandang pun malu, mungkin inilah kesan langsung daripada kurangnya komunikasi dengan perempuan...

Sekarang lain pula yang jadi, perempuan sudah berani! Saya tidak chauvinist disini, berani merupakan satu sifat yang positif, tapi berani perempuan dalam perhubungan membuatkan saya sedikit terkejut... tidak.. BANYAK TERKEJUT... ada peristiwa yang berlaku melibatkan junior saya dan seorang usher ( tukang tunjuk bilik bahas...haha) kami... anda baca dan fikirlah sendiri.

BABAK PERTAMA

Saya sedang bersama junior2, baru sahaja selesai mengambil gambar bagi kemenangan kami di dalam  Pertandingan Debat Terbuka AYS, yeah, kemenangan sulung kami buat tahun 2011 ( dan satu2nya kemenangan saya untuk tahun itu..huhu)

Junior saya, Mr.X tiba2 datang kepada saya, buat muka tidak bersalah...

"Abg, abg rse usher kite tu lawa tak?"
"Hm... H (usher) ke? Lawa la jugak... apsal?"
"Err.. abg klau saya mintak no die abg marah tak?"
"Haha... apsal aq nak marah plak... ko punyer pasal la,"
"Klau g2 nak mintak tolong bleh?"
"Huh? Ko nak aq mintakkan ke? Banyak cantik..."
"Bukan mintakkan, tp teman, sy malu r"
"Ah.. malas, ko nak mintak sendiri,"
"La... ok fine,.saya mintak sendri, klau sy dapat abg nak bg ap?"
"Eh, pehal lak... bkan aq cabar kau pon,"
"Haha, tengoklah.. saya dapat, xdenye kasi kat abg,".... dan Mr.X berlalu pergi...

Geli hati bila teringatkan peristiwa ini, saya pun tidak pasti samada pertanyaan Mr.X menunjukkan dia malu atau tidak, kalau difikirkan semula, dia seolah2 ingin 'tayang' keberaniannya meminta nombor telefon usher kami kepada saya,haha... tapi muka tidak bersalah Mr.X memang sukar untuk saya lupakan... dan mungkin sebab muka tidak bersalah ini jugalah usher kami memberikan nombornya kepada Mr.X... sejauh mana hubungan Mr.X dan usher kami saya tidak pasti...


Itulah peristiwa yang menunjukkan bahawa lelaki ini penyegan sebenarnya ( playboy terkecuali... alah nama pon playboy). Sejauh mana  dominasi spesis ini dalam golongan lelaki saya tidak pasti, bukannya kita boleh kaji tahap malu...tapi dengan kewujudan Mr.X atau mungkin saya sendiri,haha.. membuktikan lelaki agak pemalu dalam hal2 seperti ini...

Itu cerita pasal lelaki, perempuan pun ad....

BABAK KEDUA


Seperti biasa, balik sahaja daripada pertandingan debat, kami pembahas 'cenderung' untuk menerima banyak 'add' di FB...
Bagi saya, 'rakan-rakan baru' ini datang dengan pelbagai niat dan tujuan, yang berbeza mengikut individu itu sendiri...antaranya:

1. Sekadar ingin berkawan, alang sudah kenal, apa salahnya 'add' di FB
2. Ingin belajar dan berkongsi ilmu, khususnya kepada pendebat yang memang hebat
3. Memang suka 'add' orang, selalunya golongan ini dapat kita lihat melalui rakan FB mereka yang melebihi 1000 orang (bukan semua,selalunya).
4. Berminat dengan anda, kerana anda mempunyai ciri-ciri yang hebat... ya, mereka cuba menggoda dan mengurat anda, haha...

Pusing-pusing, tunggang-terbalik, percayalah, sebab untuk mereka 'add' tidak akan lari jauh daripada niat dan tujuan di atas...KECUALI...saya, yang cukup 'bertuah' kerana dikurniakan junior-junior yang hebat dan terhangat di pasaran. Dan, agenda terakhir ialah:

5. Berminat terhadap junior anda, kebetulan anda senior dan mereka tahu akaun FB anda, anda akan dijadikan posmen pengirim salam tanpa gaji, dan kaunter pertanyaan perihal junior tersebut.

Golongan seperti ini tidak terlalu bijak menyembunyikan iktikad 'add bersebab' mereka ini, yang selalunya mudah di'kantoi'kan...
Mula2, mereka akan bersifat sopan dan menggunakan panggilan yang baik untuk menegur anda... selalunya abang atau kakak... kemudian mereka akan tanya pula perihal pasukan debat, cara latihan, tips-tips debat, rancangan masa depan, dan lain-lain agar anda tidak dapat menghidu tujuan mereka... tapi mungkin disebabkan rasa ghairah mereka untuk 'stalk' junior anda... mereka akhirnya akan bertanya semua...

Semua yang dirasakan mampu untuk anda jawab; perangai, jawatan, cita-cita, impian, alamat rumah, nombor telefon, warna kegemaran, artis pujaan, haiwan peliharaan, nama atuk sebelah ayah... (maaf, saya keterlaluan). Seolah -olah anda ialah malaikat yang diturunkan dari langit ke-7,khas untuk menjaga hal dan kebajikan junior itu, dan dewa cinta yang akan merestui cinta kudus mereka.... haha

Berbalik kepada cerita yang ingin saya sampaikan...
Sejak saya menjadi satu-satunya F5 dalam pasukan bahas, saya kerap kali diadd pelajar yang lebih muda...
F2, F3 dan F4... harus saya akui, sejarah debat saya tidaklah sehebat rakan-rakan pendebat lain, menjadikan saya sedikit hairan dengan tujuan mereka mengadd saya, sampailah... saya perasan dengan tujuan mereka...

Kalau sudah nama pelajar asrama penuh lelaki, sudah semestinya peminat itu perempuan... dan bersyukur kepada Tuhan, belum pernah lagi ada lelaki yang menunjukkan minat kepada junior saya... seram...

Jujur, kebanyakan perempuan yang mengejar junior saya bukanlah daripada golongan yang terdesak hendak mencari teman lelaki, malah ramai juga yang... ehem... berkualiti dan ada kelas... sehinggakan saya sendiri cemburu dengan kejayaan junior saya ini. Tidak cukup dengan lambakan peminat fanatik, saya agak tidak puas hati dengan respon junior saya yang sekadar buat derk sahaja...

Lagi sekali, saya rasakan dunia sudah terbalik, bukan lagi kumbang yang mencari bunga, tapi evolusi agaknya, bunga pula yang tumbuh kaki dan tangan, sampai boleh kejar si kumbang, hingga kumbang yang terbang larikan diri kerana segan dengan si bunga...
Tapi bukan semua kumbang, andai saya menjadi kumbang tersebut, kemungkinan besar saya lebih suka dikejar daripada terpaksa berpenat lelah mencari bunga... haha

Pernah sekali, saya telah diminta (lebih kepada merayu sebenarnya) oleh seorang peminat yang beria-ria minta dirinya disuggestkan kepada junior saya... Saya tolong, dan nampaknya keghairahan peminat itu dipandang sepi oleh junior tersebut... dan sehingga kini, saya tidak lagi bertegur sapa dengan peminat tersebut, meskipun kami bersahabat di FB... mungkin sekali peminat tersebut merasakan tiada lagi perlunya untuk memancing saya untuk terus membantunya... biarlah...



Hmm... saya percaya... perkara yang telah saya tulis diatas bukan satu perkara yang terlalu sukar untuk anda fahami dan akui...
Saya tidak ingin memberikan sebarang komen mengenai tindakan sebarang watak yang dalam cerita diatas, kerana saya menghormati cara individu yang tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka...dan saya memohon maaf seandainya penulisan diatas menyakitkan sebarang pihak, baik secara langsung atau tidak...

Hmm... SEGAN SANG TERUNA VS MALU SI DARA... anda baca, anda fikir, anda pilihlah siapa pemenangnya...

Tuesday, August 16, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maka dengan rasminya, saya telah mengambil keputusan untuk menulis sesuatu dalam blog ini... setelah dua tahun saya hanya tahu berangan-angan tanpa sebarang tindakan... memang dasar Melayu Kampung... haha

Baiklah...
Sebenarnya tujuan post ini adalah tidak selain satu salam 'pemanas badan' untuk blog ini dan diri saya sendiri, agar saya sedar saya sudah punya blog... kerana tidak tahan dengan mulut rakan-rakan yang asyik membuat ayat klise tatkala saya memberi 'kritikan membina' (kutukan sebenarnya...haha) terhadap blog2 mereka yang saya sifatkan sebagai bosan, lapuk, jiwang, dan ntah apa2...

'Ala, ko cakap senangla.. cbe buat, ko ckap jer pandai, dasar  *****'
'Aku cakap jer... memang bosan la... aq xnak la blog ko kne kutuk..haha'
'Sudahla... memg dasar budak debat, taw komen jer, cakap bleh la, memg bjet best...'

...begitulah serba sedikit apa yang saya bualkan dengan beliau.
Kelakar rasanya, tak pasal2 institusi debat pulak yang dikritik, haha...
Perbualan itu membuka mata saya, untuk mula mendalami blog, yang bagi saya merupakan satu medium mempertajamkan minda dalam penulisan dan nukilan idea, terlebih saya minta maaf dengan design blog ini yang sangat tidak 'outstanding', maklumlah saya bukan orang seni. Telah dibuktikan dengan jayanya oleh keputusan Pend.Seni yang 'fail' masa saya Form 3 dahulu... biarlah... orang suruh lukis gambar haiwan peliharaan... pergi lukis gambar kucing lidi... mane la bleh score... tp tu semua cerita lama... sekarang, jangankan haiwan peliharaan, kambing, lembu, gajah, tenuk dan unta Parsi pun boleh saya lukis... percayalah!!!

Saya masih samar-samar apakah halatuju blog ini... apakah nilai yang akan saya hamparkan untuk para pembaca nanti?

Kisah2 pendek?
Novel bersiri?
Isu-isu politik?
Diari peribadi?
Cerita2 lucah? Nauzubillah...


Hmm.... saya masih tidak pasti... biarlah selera jari saya yang menaip ini tentukan...
Akhir kata... assalamualaikum dan salam sejahtera...