Thursday, October 25, 2012

DILEMA : WANITA

Kesimpulan yang mampu dibuat oleh penulis setelah berdepan secara langsung dengan wanita dalam tempoh satu semester...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca. Tidak mahu intro panjang-panjang, terus kepada tajuk. YEAH!!!

Sebelum anda membuat sebarang sangkaan awal terhadap penulisan ini, perlu saya nyatakan awal-awal yang entri kali ini tidak bersifat jiwang, romantik, dan sebagainya. Kalau anda rasakan saya ingin menceritakan saya sedang dirundung demam rindu, angau, sangap (agak tidak senonoh disitu) atau sebagainya, jawapannya adalah TIDAK!!!

Er... mungkin bukan dalam entri kali ini... hehehe *blushing* (#'_'#)

Hek eleh... Ingat orang kisah ke? Straight to the point sudeeehhh..... -Man Lepak

Hmmm.... baik. Apa yang DILEMA WANITA sebenarnya?

Apa yang saya akan ceritakan kepada anda adalah sebuah kisah benar. Mungkin ada sedikit penambahsedapan dalam cerita tersebut, tapi insyaallah tidak mengganggu kesahihan cerita, don't worry. Kisah yang agak menyayat hati (setidaknya untuk sayalah). Bacalah dan ambil pengajaran... kalau ada.. hehehe

***

"Alamak, banyaknya perempuan. Apasal gabra semacam ni. Aduyai...."

Itulah perkara pertama yang keluar daripada otak aku apabila dipanggil untuk memperkenalkan diri dihadapan kelas. Perasaan ketika itu bukan takut, bukan gemuruh tetapi... entahlah. Aku tidak tahu apa yang membuat aku tergamam seketika ketika dihadapan kelas ketika itu, yang pasti, aura pandangan daripada pelajar perempuan sekelas Aku macam peluru mesingan. Bertalu-talu menusuk dada. Aku terdiam macam orang bodoh... er.. orang kurang pandai.

2 minit kemudian...

"... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... my name is..."

Akhirnya keluar juga sesuatu daripada mulut ini. Berkat basmalah agaknya. Aku berjaya tamatkan self intro seperti biasa. Kemudian aku duduk, dan aku berfikir...

"Bodohlah aku tadi. Apa ni?! Apasal boleh slapstick pulak tetiba nih? Ish..."

Aku cuba men'figure out'kan apa yang berlaku. Mungkin kerana aku sudah lama tidak bercakap dihadapan. Mungkin kerana aku tidak biasa berhadapan dengan crowd kaum hawa yang ramai.
Apa pun sebabnya, aku tidak suka dengan keadaan ini. Aku perlu berubah.

***

Aku berjalan dengan seorang dan satu-satunya rakan sekelas lelaki dalam sebuah kelas seramai 17 orang pelajar, Jamal. Arah tujuan aku dan Jamal ketika itu, aku sudah lupa.

"Hey, Jamal, mari sini kejap,"

Panggilan itu datang daripada seorang rakan perempuan sekelas aku. Rakan lelaki aku, spontan, terus pergi ke arahnya. Mereka bercakap tentang sesuatu. Aku tunggu. Mereka habis berbual. Kami teruskan jalan.

"Dia nak apa Jamal ?"
"Dia mintak nombor aku, senang nak contact,"
"Oh..."

Kami diam. Kemudian Jamal tiba-tiba bersuara...

"Tadi aku tanya dia, why don't she asked for your number, then dia cakap, Aku tu lain sikit,"
"Lain sikit? Lain macam mane?"
"Entah,"
"Hmmm...."
"Maybe the face you always putlah Aku, as if you wanted to eat everyone tau,"
"Laah, muka aku memang macam ni, diorang nak aku buat apa?"
"Takdelah, try talking to them, be friendlier,"
"Hmm...."

***

Dihadapan aku kini ada tiga orang pelajar hawa sekelas. Sebelah kiriku ada Jamal. Kami di dalam perpustakaan,
berbincang tentang subjek yang kami cukup buntu ketika itu. Sehinggalah salah seorang pelajar hawa tiba-tiba berkata...

"Eh Aku, tak sangka kau boleh bercakap eh? Aku ingat kau ni sombong giler,"
"Sombong? Takdelah, korang tak tanya apa-apa, aku pon senyap je lah,"
"Huh? Cakap je lah, Jamal okay je,"

Aku pandang ke arah Jamal. Jamal tidak berkata apa-apa.

"Aku dari sekolah lelakilah. Aku tak biasalah cakap dengan perempuan kalau takde sebab,"

Mereka bertiga buat riak muka sedikit terkejut. Serentak. Tiba-tiba yang lain pula buka mulut...

"So, you never have a girlfriendlah?"

Eh? Tetiba pulak tanya pasal teman wanita. Aku terasa sedikit geli hati.

"Takdelah, kitorang semua baik-baik," balas aku, cuba berjenaka.
"Oh, so you're kind of like a virgin... hahaha,"

Mereka bertiga ketawa. Aku tidak tahu mengapa turut tersenyum. Aku pun tidak begitu pasti apa yang begitu kelakar.

Tapi, yang pasti, hatinya sedikit lega. "Setidak-tidak mereka faham, aku taklah kena cop sombong lagi," Aku  gembira.

"Eh, apa yang kita bincang tadi? Korang ni gelak je, borak lebih, apa yang kita discuss pon dah lupa,"

***

Beberapa minggu telah berlalu. Aku semakin selesa berkawan dan bekerja dengan rakan-rakan perempuan. Tiada lagi cop sombong. Tiada lagi gamaman. Tiada lagi segan tidak bertempat. Lelaki atau perempuan, sama sahaja. Itu yang aku fikirkan dan aku percaya.

Aku percaya, selagi dia berlagak sebagai an average good guy, seperti yang selalu dikatakan rakan perempuan kelasnya, tiada lagi yang akan merasakan dirinya pelik. Aku cuba menjadi seperti Jamal. Jamal seorang gentleman, ramai yang memuji Jamal atas sifat toleransi dalam komunikasinya. Jamal seorang pendengar pendengar yang baik, kata-katanya lembut. Aku agak kasar dalam berbicara, Aku tidak pernah sedar, tetapi rakan-rakan sekelasnya rajin menegur, dan Aku suka mendengar teguran.

Aku sedikit cemburu dengan Jamal. Aku ingin berubah menjadi gentleman juga. Tiada apa yang salah berubah menjadi lebih baikkan? Dan seandainya perubahan itu buatkan mereka lebih selesa bersama aku dan hati aku lebih tenang, tidak ada sebab aku untuk tidak berubah.

Jadi aku menjadikan Jamal sebagai model. Jamal tegur, aku pun tegur. Jamal mengusik, aku pun mengusik. Jamal senyap, aku pun senyap.

Aku berlakon menjadi Jamal yg sentiasa selesa berbicara dengan perempuan. Aku jadi semakin berani. Mereka juga nampak lebih selesa bersamaku. Aku rasa diri aku diterima. Aku sukakan perasan itu.

***

"Hey Aku, gi belakang kejap, aku nak cakap something,"

Kenapa dengan si Lisa ni? Apahal macam sulit benar bunyinya?
Tanpa banyak soal, perlahan aku bangun daripada kerusi dan menuju ke arahn belakang kelas, bersama Lisa.

"Aku, hari ni ramai budak taknak pergi kelas Arab. Budak kelas Zia semua taknak pergi. Kau calllah Ustaz, suruh dia cancel kelas ke apa, daripada buat kelas takde orang datang,"

Jelas Lisa panjang. Aku hanya membisu.

"Nantilah, biar aku cakap dengan Jamal,"

Aku menuju ke arah Jamal. Belum sempat aku duduk, Jamal terus bertanya kepadaku...

"Ada apa Aku? Kau cakap apa dengan Lisa?"
"Dia mintak aku call Ustaz untuk batalkan kelas, budak kelas Zia ramai yang taknak pergi. Hish, inilah masalahnya bila bergabung dengan kelas lain untuk bahasa Arab. Aku tak kisah kalau nak batalkan pon. Sudahlah petang ni ada kuiz ICT, boleh aku baca buku kalau takde kelas. Cuma sekarang ni, nak ke Ustaz Idris cancelkan kelas? Kau tahu lah, dia kan semangat masa mengajar, aku tak rasa dia nak batalkan kelas," kata aku sambil tanganku pantas mencapai telefon bimbit.
"Diorang tak nak datang?! Kan hari ni kelas last Ustaz Idris? Selfish gile,"
"HAH!? Aduh, baru aku ingat,"

Astagfirullah, baru aku teringat hari ini kelas terakhir bersama Ustaz Idris. Berat hati aku hendak menelefon Ustaz Idris. Beliau seorang penceramah yang amat-amat suka mengajar. Amat-amat suka. Penceramah yang paling cepat mulakan kelas, dan yang paling lewat sekali menghabiskan kelas. Ceramah dan teknik pengajarannya juga amat bagus dan penuh dengan semangatnya untuk berkongis ilmu. Mudah cerita, berilah walau seribu alasan, penceramah yg seorang ini, memang betul-betul seorang lecturer sejati. Batalkan kelas kerana separuh kelas tidak ada? Hatta tinggal seorang sahaja pon, belum tentu pasti beliau akan batalkan kelas.

Itu pada hari biasa. Bayangkan, pada hari terakhir ceramahnya disini. Batalkan kelas? Tidak mungkin... Laisa munasib li aqlinnaas... (Tidak logik untuk akal manusia)

Aku pusingkan kepalaku ke belakang, dan berkata kepada Lisa...

"Tapi hari ni kelas terakhir Lisa, tak sampai hati pulak aku nak cakap dengan Ustaz,"
"Masalahnya, takde orang nak datang. Budak kelas Zia semua taknak pergi. Kesian Ustaz buat kelas takde orang,"

Aku senyap seketika.

"Macam inilah. Biarlah budak kelas Zia taknak pergi. Biar kita sahaja yang pergi. Kalau mereka taknak datang untuk kelas terakhir Ustaz Idris, biarlah kita sahaja yang datang"

KAU SORANG JE YANG NAK DATANG!

Aku terkejut. Nora yang senyap tiba-tiba bersuara lantang ke arahku.

Aku tidak sama ada hatiku yang sakit atau tapi cuma egoku yang tercabar. Tapi, aku akui, aku geram.
Memang tahap kesabaranku tidaklah setinggi mana, tapi aku masih boleh berfikir. Balasan tiris Nora ketika tidak dapat aku terima.

KALAU MACAM TU, KAU CAKAP LAH SENDIRI, KAU YANG TAKNAK DATANG, KAU SURUH AKU NAK BUAT APE!

Aku duduk. Kelas menjadi sunyi.

"Kalau taknak aku jadi kurang ajar, janganlah buat perangai kurang ajar," rungut aku dalam kepala.

Danial disebelahku senyap sahaja. Amirul (budak lelaki ke-3 kelas itu, masuk agak lewat) menepuk-nepuk belakangku. Aku diam sahaja.

Dalam hati, aku marah pada diriku sendiri. Aku tidak rasa apa yang aku katakan itu salah, cuma tindakan untuk sama-sama meninggikan suara itu bodoh. Aku kalah pada emosi. Aku tewas.

ARGHH! BIARLAH! AKU DAH MALAS NAK FIKIR!

***

Beberapa hari telah berlalu. Sejak dari peristiwa itu, seolah-olah ada satu dinding ghaib antara aku dan rakan perempuan sekelas. Aku seperti telah mengisytiharkan perang dengan mereka. Kebetulan kami cukup dekat dengan peperiksaan akhir, aku pun sudah terlalu sibuk untuk memikirkan semua ini.

"Kalau kita buat perkara yang betul, dengan niat yang baik, insyaallah penamatnya akan baik juga," kataku di dalam hati.

Namun, pada suatu hari...

"Aku, kau nak tahu tak apa yang sebenarnya jadi antara kau dengan budak perempuan kelas kita?"
"Jadi apa?" aku hairan.
"Pasal yang kau marah pasal kelas Ustaz Idris tulah..."
"Oh, yang tu. Hmm, ceritalah..."
"Swear to me you won't be angry?"
"Tengoklah, tapi kalau aku marah sekalipon, bukannya ada effect kat sesape,"
"Hmm, truth is, semua budak perempuan kelas kita tak suka dengan kau,"

...huh? HAHAHAHAHA

Aku tergelak. Benar-benar kelakar. Geli hati. Kata-kata Jamal ditambah dengan riak mukanya menggeletek ulu hatiku.

"Tak suka? Tak suka sebab apa?"
"Because they thought you're a hypocrite. Kau pun ada juga tak datang kelas Arab, tapi masa orang tak nak datang, kau marah macam kau tak pernah buat,"

DUSH!!! Tepat ke mukaku....

"Memanglah, tapi masa tu kan kelas last Ustaz Idris. Mana sama. Lagipun, kalau dah taknak datang sangat, janganlah cakap dengan aku, pastu suruh aku cakap dengan Ustaz, cakaplah sendiri," bela aku. Tidak sangka pula mereka berfikir begitu.

Jamal hanya mengangkat bahu.

"And it's not just that,"
"Ada lagi? Takpe bro, bagi je semua. I'm all ears,"
"Diorang tak suka cara kau dengan perempuan,"

Jamal diam seketika, dan sambung berhujah...

"Memanglah kau tak tackle sape-sape, but it's like you're flirting with everyone taw. Diorang cakap, kau bercakap dengan ramai gile perempuan,"

Flirting?
Menggatal?
Siapa yang aku menggatal?

"Aku tak faham. Aku flirting dengan sape? Flirting yang kau maksudkan tu macam mana?"
"Flirtinglah... Kau berbual dengan ramai orang taw, semua kau tegur,"
"Hey, aku kawan dengan budak kelas kita jelah, pastu budak Law Student Society, pastu budak debat,"
"Exactly,"

HAAA?!
Aku masih tidak faham konteks 'menggatal' yang dimaksudkan. Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Jadi apa kaitan dengan semua ni,"
"Senang kata, diorang dah menyampah dengan kau dah lamalah..."
"Pulak? Selama ni aku cuma ikut apa yang kau buat je. Kau friendly, aku pon try jadi friendly lah. Aku pun cuma tegur. Ada ke aku ngurat ke? Ada ke aku bagi surat cinta ke?"

Jamal sekadar mengangkat bahu. Aku semakin keliru. Kepala tiba-tiba jadi gatal. Makin kuatlah aku menggaru.

Bertalu-talu soalan aku ajukan pada Jamal. Aku inginkan kepastian. Aku inginkan jawapan.

Jamal tetap tidak mahu memberitahu kepadaku siapa yang menyampaikan berita itu kepadanya. Yang aku tahu, orang yang dahulu berkata aku sombong kerana tidak buka mulut, kini kata aku kuat menggatal kerana terlebih buka mulut pula. Ironi bukan?

Tiba-tiba aku rasa menyampah dan meluat sungguh. Mereka anggap aku ni apa?
Selama ini, di saat aku membantu, itu menggatalkah?
Selama ini, di saat aku gelak ketawa bersama mereka, itu menggatalkah?
Selama ini, persahatan yang aku hulurkan, itu menggatalkah?

Perasaan marah terhadap mereka jadi hilang, berubah kepada kecewa. Apa yang mereka aku lakukan?
Aku kecewa kerana aku dianggap penipu, kerana watak Aku yang baik dan peramah cuba dimainkan, disalah ertikan kepada mamat hipokrit dan miang. Aku kecewa.

Sehingga kini, aku masih tidak mengerti... Apa yang difikir oleh seorang wanita... DILEMA WANITA

TAMAT

Itulah DILEMA WANITAnye.... Haaa... Amacam? Terhibur tak?

Hek eleh... ini je ke? Lu cakap awal2 cam kencang abes bro, sekali gua baca cam cerpen budak pra sekolah je... Bosan la... BOOO~ - Long Macho

Hish, tak membina sungguh kritikan. Maaflah kalau anda tidak suka cerita di atas. Kalau suka, alhamdulilah. Perlu diingatkan, saya ini amat amatur dalam bidang penulisan ini, umpama anak seekor ikan guppy yang comel di dalam lautan luas, yang dipenuhi jerung, paus, ikan lumba-lumba, ikan todak dan macam-macam hidupan akuatik lain... Senang kata, memang kecil sangatlah....

Berkenaan pengajaran dalam entri DILEMA WANITA kali ini, saya suka mengingatkan kaum lelaki yang agak 'blur' dalam berhadapan dengan wanita agar bersedialah dengan situasi seperti di atas. Bukan anda juga akan menjadi seperti Aku, mungkin tidak, tapi tidak salah untuk beringat bukan?

Seandainya ada mana-mana pembaca yang terlibat dengan cerita di atas, saya ingin meminta maaf jika penulisan ini mengguris hati anda. Saya langsung tidak berniat sebegitu rupa, dan sebenarnya, semua watak-watak yang terlibat dalam cerita di atas telah banyak mengajar saya dalam menjadi lebih matang. Untuk itu terima kasih banyak-banyak, syukran jiddan, merci beaucoup.

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Sekian 
(◕‿◕)