Monday, December 5, 2011

MENCARI DEWASA

Perjalanan yang sukar menjadikan anda lebih matang... secara teorinyalah...



SATU persoalan yang selalu bermain di benak fikiran saya... keperluan kesedihan dan pengorbanan dalam menjadikan anda seorang yang 'dewasa'. Perlukah anda jatuh untuk belajar berdiri? Sedih untuk belajar erti gembira? Susah untuk belajar erti senang? MATI UNTUK BELAJAR ERTI HIDUP?


Secara peribadi... saya sendiri cuba belajar erti matang yang sebenar... saya cuba mendidik diri untuk menjadi tenang dan 'cool' dalam setiap keadaan... kerana saya percaya itulah maksud matang yang sebenar... apabila anda tenang, anda boleh berfikir jauh lebih baik daripada ketika anda dikawal emosi...



Saya memang emosional... dan sensitif tidak bertempat, haha. Betul, terlalu ramai yang menegur sifat buruk saya ini, namun sampai ke hari ini... saya masih gagal untuk berubah... saya tetap mudah marah dan berang bila berhadapan dengan masalah, padahal ketika 'ok', sayalah yang paling galak membuat lawak untuk menceriakan suasana... ironi, tapi memang betul...



2011 merupakan tahun yang sangat sukar untuk saya... terlalu banyak perkara yang berlaku, yang seronok dan gembira banyak, tapi yang sedih dan mengusutkan otak lagi banyak... Yang pasti, hampir semua masalah yang datang adalah kerana kegagalan diri saya sendiri... Disebabkan 'ketidakmatangan' saya...



Melalui hari2 yang sukar sepanjang 2011 sepatutnya menjadikan saya lebih matang.. sepatutnyalah...  tetapi yang apa terjadi, hanyalah pertambahan memori2 kurang menyenangkan dalam cerebrum saya, dicampur pula dengan badai perasaan yang melanda jiwa kudus saya ini, haha.. nasib2



Dalam kebanyakan isu yang perlu saya hadapi... saya akan membuat pena'kulan secara win-win... dan saya akan mengambil keputusan yang saya fikir adalah terbaik semua pihak,haha... nampak bertimbang rasa sungguh kan? Tapi kesan keputusan selalu tidak seperti yang diharapkan... saya ingat korbankan sedikit kepentingan diri adalah tindakan yang mulia, tapi malangnya pengorbanan itu bukanlah yang diharapkan oleh satu pihak lagi, umpama seekor kambing belanja rakannya seekor ayam makan rumput... lebih kuranglah... Kesannya, bukan sahaja saya rugi sebagai pihak yang berkorban, tapi juga rugi sebagai kerana saya akhirnya hilang teman yang saya harapkan untuk gembirakan dahulu.. seronoknye~~~~



Menyesal sungguh, disebabkan kebodohan inilah, ramai betul individu yang baik2 disekeliling saya menjadi benci dan marah terhadap saya... Saya nak buat apa? Redha sajalah...



Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama pembaca, janganlah jadi orang seperti saya... maksud saya, segala perkara bengap yang saya pernah lakukan,kerana anda pasti akan menyesal... Percayalah.. Belajarlah daripada kesilapan saya, dan jadilah orang yang lebih mengambil berat tentang pendapat orang lain... Walaupun keputusan anda, dirasakan terbaik untuk orang lain dan paling merugikan untuk anda, cubalah bertanya kepada orang lain dahulu... Saya tidak mahu bertanya dahulu kerana saya malu,hehe... OK... INGAT! Apa yang anda rasakan terbaik itu, mungkin adalah keputusan yang buat anda menyesal seumur hidup... :)

No comments:

Post a Comment