Sunday, February 12, 2012

KEDEWASAAN DAN SPONGEBOB SQUAREPANTS

Semakin kita dewasa, kita akan mula menyedari BANYAK realiti kehidupan
Sebelum itu, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yg bermurah hati untuk meluangkan masa untuk menjenguk blog saya yang humble ini. Sudah lama rasanya tidak memerah idea untuk menaip, dan di pagi yang sejuk, suam-suam kuku ini... tiba2 terasa rajin pula nak menaip...

Baiklah, let's get to the point, shall we?

Umur 18 tahun, menjadi satu petanda perubahan yang besar untuk diri anda. Buat pertama kali dalam hidup, anda tidak lagi dianggap sebagai juvana dan secara sah tindakan anda mula dihakimi berdasarkan undang-undang dewasa.Kalau dulu curi barang kena kaunseling je... sekarang curi masuk penjara bai... haha

Anda sudah mula dilihat sebagai matang dan secara automatiknya datanglah segala bentuk tanggungjawab.

Mengapa? Why? Pourquoi?
SEBAB ANDA SUDAH MATANG! Cmonlah! Sudah 18 tahun hidup, mestilah minda kita sudah berkembang, jadi matang, penuh dengan daya intelek dan kreativiti agung yang melimpah ruah.... WOW!!

Tapi.... secara peribadi saya tidak rasa apa2... walaupun saya amat mengalukan umur 18 tahun sebagai lambang permulaan hidup sebagai seorang lelaki sejati di dunia penuh pancaroba ini.

Imbas kembali 12 tahun yang lalu... sewaktu saya masih seorang budak kecil yang naif dan comel.
Dunia saya hanyalah tadika, Power Rangers, Digimon, dan sandwich telur.... 

Definisi kehebatan tanpa tandingan bagi seorang budak 6 tahun
Dalam usia ini... tidak pernah ada sesiapun yang melarang saya untuk memenuhi fantasi hidup dengan ikon2 fiksyen ini.Berlari-lari pakai topeng tak pernah ada orang tegur. Ikat kain perca (ibu saya mengambil upah menjahit baju) dekat leher sambil berlari tiru Superman pon tak pernah ada orang kisah. Kalau sekarang? Pon sama... Saya pasti, kalau berbuat demikian, tiada siapa pon akan tegur anda. Sampai mak ayah sendiri pon tak ngaku anda anak mereka... haha


Fast forward to 2005...

Saya sudah darjah lima. Saya sudah menerima kenyataan bahawa Power Rangers tidak wujud. Dahulu saya ingat saya tidak boleh jumpa Power Rangers kerana saya tinggal di Malaysia dan Power Rangers tinggal di Amerika... haha. Tapi Ultraman wujud!!! Ultraman akan datang ke bumi tatkala kita diserang raksasa nanti... Tunggu dan lihat!



Seperti kanak2 sebaya yang lain... saya amat meminati Spongebob Squarepants. Ya, saya obses terhadap organisma tidak bertulang yang tinggal dalam nanas tersebut. Geli hati melihat telatah 'genius' makhluk seekor ini.



Ya, memang tidak matang. Pada waktu ini mindset saya mudah. Saya masih kecil, nanti dah besar saya matanglah.



Back to the present...

Disinilah saya... menaip... membuang masa...

Saya makin tinggi.... makin besar....
Muka yang comel dan naif telah berevolusi menjadi.... menjadi...  pelik (sila rujuk gambar profile saya)

dan ironinya, saya masih menonton Spongebob Squarepants.
Terserlah kematangan dan kebijaksanaan beliau.
Adakah ini petanda saya tidak matang? Mungkin saya terencat? :O......
Kerana saya masih lagi tidak merasai 'matang' itu. Satu perubahan corak pemikiran yg secara drastik boleh menjadikan saya melihat dan menilai dunia dalam perspektif dewasa. Saya masih menunggu... ANDA?

Ataupun sebenarnya kita semua tidak pernah dewasa? 18 tahun dalam kehidupan, kita hanya belajar untuk mejadi seperti orang lain, mengikut telunjuk dewasa orang lain.

Contoh:
1. Anda lihat orang dewasa tidak tengok kartun, maka untuk matang anda pon tidak tengok kartun.
2. Anda lihat orang dewasa bercinta, maka untuk matang anda juga bercinta.
3. Anda dengar ada orang yang meletakkan merokok sebagai lambang matang (had umur 18 tahun), dan dengan penuh machonya anda pun turut merokok.
4. Anda lihat orang dewasa selalu cover; cover ayu, cover macho, cover jalan, jadi sebab takut orang kata anda berperangai budak kecik, anda pon coverlah juga
dan... banyak lagi....

Hadiah hari jadi saya untuk tahun ini... adalah satu kesedaran...
Sebenarnya kita tidak pernah dewasa... kita hanya belajar untuk memahami keadaan sekitar supaya kita tidak     dilabel pelik dan luar biasa... :D
Apakah erti kedewasaan dalam diri anda?