Saturday, December 31, 2011

SPM: BERMULANYA FENOMENA MISTERI

Tirai 2012 sudah terbuka... tahun yang baik ataupun tidak... anda yang tentukan


Masih tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua pembaca. Saya percaya, anda seperti saya merasakan tahun 2011 lalu memberikan makna yang cukup besar.

Secara peribadi, 2011 merupakan tahun paling banyak mengajar saya tentang kehidupan. Dalam erti kata lain, 2011 merupakan tahun yang paling menuntut saya untuk bersabar, bijak membuat keputusan dan berusaha sehabis kudrat dan daya.

Seperti rakan-rakan sebaya, kami menghadapi SPM pada tahun itu. Kepada sesiapa yang belum menghadapi SPM, percayalah, seandainya anda seorang yang rajin mengkaji kerenah rakan di sekeliling, anda akan melihat satu perubahan senario yang cukup menakjubkan...

Antaranya anda akan menyaksikan perubahan yang drastik dalam perangai rakan-rakan anda. Jika ketika di Tingkatan Empat, topik utama perbualan akan berkisar tentang bola sepak, artis Korea, gadis cantik dan aktiviti hujung minggu. Kaki gosip pula akan ada sahaja cerita baru hendak dibincangkan. Balak si itu, awek si ini, kisah cikgu beli kereta baru, skandal guru besar dengan kerani... macam2.
Namun, segalanya akan berubah tatkala di Tingkatan 5, roh2 SPM mula ditiupkan ke dalam jiwa pelajar2 ini. Mereka mula berbicara cita2 dan impian, harapan untuk masa depan. Nama universiti hebat2 seantero dunia mula diambil perhatian, kalau dahulu hanya nama UM dan UIA sahaja yang melekat dalam otak. Kaki gosip mula insaf, tidak lagi mahu mengumpat dan menyebar fitnah. Takut tidak berkat, kata mereka.

Ini baru satu... banyak lagi perubahan ketara yang akan lihat. Kerja rumah sebagai contoh. Dahulu, boleh dilihat berapa kerat sahaja yang akan menyiapkan segala latihan dan esei yang diberi. Muka yang menghantar kerja pun sama saja. Tidak sampai sepuluh minit, siap sudah tugas guru menyemak dan menanda. Tapi, bila SPM sudah hampir, dunia terbalik. Kerja rumah jadi hobi. Sampai tidak menang tangan cikgu hendak menyemak
 semua latihan. Itu belum kira lagi pelajar yang meminta guru untuk meluangkan masa untuk menyemak latihan peribadi mereka... Haha, jangan ingat pelajar sahaja yang bencikan peperiksaan.

Dan seandainya anda perasan, semakin dekat dengan SPM, semakin mudah hati guru untuk terasa. Contohnya seperti yang berlaku kepada diri saya sendiri. Saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam subjek Sejarah. Entahlah, memang sejak saya Ting 1, sejarah memang tidak ngam dengan saya. Hendak dijadikan cerita, ketika saya menduduki peperiksaan percubaan SBP, saya hanya mendapat 70 sahaja untuk Sejarah. Meskipun cukup2 A-, saya sudah cukup bersyukur. Tapi ada yang tidak kena dengan kertas saya. Dihadapan muka kertas jawapan itu, guru Sejarah saya menulis sesuatu dalam dakwat merah, pekat.

KENAPA JAWAPAN KAMU PENDEK2? SUDAHLAH TIDAK DIBUAT DALAM PERENGGAN.
KAMU JANGAN INGAT KAMU SUDAH BAGUS SANGAT!!!

Begitulah lebih kurang bunyinya, yang saya pasti frasa 'sudah bagus sangat' memang ada. Silap saya juga kerana tidak mengambil serius hal ini, dan buat 'derk' saja. Hal ini kerana guru Sejarah saya merupakan seorang yang lembut dan murah dengan senyuman. Saya langsung tidak menyangka notis berwarna merah darah itu umpama satu bom jangka.Akibat terus-menerus berbuat 'derk' dalam seminggu, tiba-tiba sahaja, saya dipanggil oleh guru kelas. Katanya, apa yang saya telah lakukan sehingga dikatakan biadap dan sombong kepada guru Sejarah. Saya sekadar menjawab dengan muka pelik dan kagum... (O.O)
Sungguh, saya langsung tidak faham dan mengerti. Apa yang sombong dan biadap pun saya tidak tahu. Namun, mendengar nasihat rakan, saya menebalkan muka untuk meminta maaf kepada guru tersebut kerana menjawab 'main2' dalam peperiksaan itu. Meskipun saya tidak pernah menjawab peperiksaan dengan main2, dan meskipun saya masih tidak faham dimanakah datangnya sombong dan biadap, saya bersyukur keran tindakan itu telah berjaya membersihkan nama saya dan menjernihkan kembali hubungan saya dan guru tersebut.

Ketika hampir-hampir SPM juga, jarang benar anda dapat lihat lampu bilik terpadam sebelum pukul 1. Khususnya bagi pelajar yang menginap di asrama. Ramai yang gigih mengulangkaji. Tidak kurang juga khusyuk bertahajud dan berzikir untuk keputusan yang cemerlang. Makin jernih muka rakan2, diserikan berkat air sembahyang. Terdapat golongan yang kurang senang dengan keadaan ini.
"Sudahlah! Dah nak SPM baru nak sembahyang... Selama ni Subuh asyik burn jer,"

Haha... tiada komen...

Itulah serba sedikit kenangan yang ingin saya kongsikan bersama anda. Banyak lagi yang ingin saya sampaikan... namun kering idea saya untuk mengolahnya bagi tatapan anda semua. Akhir kata... selagi mana sistem pendidikan negara masih berorientasikan peperiksaan seperti hari ini... SPM adalah satu perkara yang pasti untuk anda semua... ingat2 kan lah diri anda untuk bersedia... nasihat saya, jangan pernah menganggap Ting 4 sebagai honeymoon year... Pada masa yang sama, janganlah terlalu memberikan tekanan akademik terlalu besar kepada diri sendiri, sebaliknya, belajarlah mengikut kemampuan anda dengan konsisten...

Salam sejahtera dan selamat menghadapi SPM...

*Penulis akan menerima keputusan SPM dalam bulan 2 atau 3 2012, saya mohon pembaca mendoakan agar penulis mendapat keputusan yang  sangat cemerlang dalam SPM itu nanti.  Terima kasih :)

Sunday, December 18, 2011

DUNIA SEKADAR MELIHAT

Dunia akan sentiasa menilai diri anda, tanpa sedikit pun perasaan kasihan dan simpati... tidak percaya?


Sudah agak lama saya tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Bukan kerana saya tidak mahu, tetapi saya tidak mempunyai sebarang isu yang saya rasakan baik untuk dikongsikan dengan anda semua.Dan seperti biasa, ada peristiwa yang menjadikan saya tertarik untuk membincangkan isu yang satu ini... baca leee...


Mat A, watak fiksyen saya kali ini.Mat A merupakan seorang anak yatim sejak kecil, bapanya meninggal dunia kerana terminum cuka getah (dia ingatkan itu cuka biasa, hidungnya pula kurang peka kerana selsema) menyebabkan Mat A hanya bergantung nasib kepada ibunya yang menjual otak-otak Kempas di... Kempas. Kesempitan hidup Mat A dan kegagalan badan kebajikan masyarakat serta Kementerian  Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk membantu mereka, menjadikan Mat A gagal untuk melanjutkan pelajaran (Mat A pun bukanlah seorang yg cerdik sangat sebenarnya). Akhirnya, Mat A berakhir dengan profesion yang cukup popular, tapi bukan tidak disukai ramai... sebagai seorang penghantar surat di sebuah firma undang-undang yang tidak ternama.Umurnya sudah mencecah 30, dan seperti lelaki lain, dia juga ingin berkahwin, ehem2 (maaf... tekak saya kurang selesa) dan mempunyai keluarga yang bahagia, tapi gajinya yg ciput dan mukanya yang tidaklah sekacak mana membatalkan hasrat murninya itu.

Pada satu hari yang malang, Mat A seperti biasa menyiapkan dirinya untuk ke tempat kerja. Dalam kekusyukan Mat A menyisir rambutnya yg sedikit itu, tiba-tiba Mat A mendengar batukan ibunya. "Uhuk2,uhuk2...UHUK2". Keras dan teruk benar bunyinya. Ibunya memang kerapkali batuk baru-baru ini. Entah apalah penyakit yang menghinggap tubuh gempal ibunya itu... puas disapukan minyak angin,minyak KAPAK, minyak serai wangi, minyak dagu, minyak masak, petrol... namun batuknya tidak beransur pulih. Mat A amat risau dengan kesihatan ibunya... puas dinasihatkan ibunya berjumpa doktor, namun ibunya degil. Alasan ibunya, ibunya takut disuntik, fobia dengan jarum. Walhal, bukanlah jarum dan suntikan yang ditakutkan ibunya. Tetapi wang, ibunya tahu dirinya memang menghidapi penyakit yang agak serius, dia juga tahu anaknya itu sanggup bergolok gadai mencari wang menampung kos perubatannya... biarlah. Jauh di dalam hatinya, dia teringin melihat anaknya itu berkahwin sebelum dia pergi, biarlah wang itu disimpan untuk masa depan anaknya, biarlah dia sempat melihat anaknya yang seorang itu berkahwin, biarlah dia pergi... dia memang  sudah tua dan tidak berdaya.

Ibu batuk lagi. Kali ini lebih deras dan keras. Perlahan, Mat A menuju ke arah ibunya. "Mak, makin teruk saya tengok emak ni", ujarnya simpati. "Uhuk2.. takdelah... uhuk2... mak sihat", jawab ibunya, berselang-seli dengan dengan batuk. Tiba-tiba, batuk ibunya makin kuat, dada ibu berombak umpama samudera hampa dilanda ribut taufan dan halilintar menggila (pergh.. A Samad Said pun kagumlah camni). Mat A jadi panik. Ibunya terus batuk... dan batuk. Badan ibu lemah longlai, seolah-olah tenaganya hilang bersama-sama dengan batuk-batuknya itu... dan batuk itu tidak pernah reda....

VrooooooM......!!! Motosikal Mat A menjerit... Ramp dipulas habis. Mat A benar-benar ingin cepat ke hospital. Dia panik, takut dan marah. Badannya ibunya yang lemah itu diikat kepada badannya dengan tuala, agar ibunya tidak jatuh tatkala dalam Mat A sibuk memecut dan menyelit umpama perempit profesional. Bahaya memang bahaya, tapi pada waktu itu, misi Mat A hanyalah menghantar ibunya ke hospital...

(Seperti biasa... Mat A tercungap-cungap masuk ke hospita memapah ibunya... warga hospital yang   prihatin terus meluru kepadanya memberikan pertolongan... ibunya dimasukkan ke dalam unit kecemasan... doktor menjadi panik... jururawat berkeliaran... suasana kelam kabut... muzik suspen dan sedih dimainkan... bayangkan satu babak kecemasan paling klise daripada drama Melayu kegemaran anda)

Dan satu lagi babak klise... cuma kali ini hanya Mat A dan doktor sahaja...
Mat A: Bagaimana keadaan ibu saya doktor?
Doktor:(muka serius, dahi sedikit berkerut) Hmm... menurut diagnosis kami,ibu encik sedang menghidap penyakit yang sangat serius, BARAH OTAK...
Mat A:BARAH OTAK?
(monolog) Apa kaitan batuk kuat dengan barah otak?
Doktor: Ya, BARAH OTAK, kami amat pasti... dan seperti drama-drama Cerekarama lain, kami mahukan anda menyediakan sejumlah wang yang sangat banyak bagi kos pembedahan otak ibu anda, yang secara logiknya tidak akan mampu anda bayar dengan gaji penghantar surat  anda yang sedikit itu...HAHAHAHA!!! Ops... tergelak pulak... sori
Mat A:TIDAK!!!
Doktor: Oh,saya terlupa... ibu anda juga perlu ditahan di hospital ini agar kami dapat memantau tahap kesihatannya... ingat... bukan percuma yee~

Mat A melangkah longlai menuju motor buruknya yang sengaja diletakkan betul-betul dihadapan pintu besar hospital. Minda kusut,hati berserabut... Buat pertama kali, Mat A amat kesal kerana mendengar kata-kata ibunya yang berdegil tidak mahu ke hospital. Mungkin, hanya mungkin, kalau dihantar lebih awal ke hospital, keadaan ibu tidak seteruk begini...

Dalam kesyahduan dan kesedihannya itu, tiba-tiba Mat A terpaling ke arah jam tangan Rolex yang dibelinya oleh seorang mat gian tempoh hari. Pukul 10:56 a.m. Hmm... hanya sekejap sahaja sebelum pukul 12. Hmm... makan tengah hari... hmm... sarapan pun belum lagi... hmm... aku selalu sarapan roti canai... hmm dekat warung depan office... hmm... office ... kerja... EH!? Ya Allah, aku dah lewat betul ni!!

Sekali lagi raungan motor Mat A menggegak-gempitakan bumi Kempas... Lampu merah, garisan berhenti, tanda halangan, semua dilanggarnya... Memang sia-sia sahaja Mat A ambil Ujian Undang-Undang KPP... Cis!!! Memang tak berhemah (maaf, penulis baru sahaja lulus ujian undang-undang jalan raya, sedikit emosi dengan pengguna yang tidak mematuhi undang-undang...)

Tap, tap, tap... derap lari Mat A bergema di segenap ruang legar pejabatnya. Mat A berlari separa pecut menuju ke mesin perakam masa, atau lebih glamor, punch card machine. "Memang masaklah aku kali, habislah..." getus Mat A sendirian. Mat A amat risau, gundah gulana. Bukan ini kali pertama dia lewat ke pejabat, tetapi lewat hingga hampir 4 jam, tidak pernah dibuat orang! Sepatutnya Mat A khabarkan dahulu masalahnya ke pejabat, namun Mat A tidak punya telefon bimbit... Dalam kelam kabut Mat A menghantar ibunya itu, dia terlupa untuk mencari pondok telefon.

"MAT!!! KO INGAT FIRM NI BAPAK KO PUNYE!!"


Terkejut beruk Mat A dibuatnya. Nasib baiklah dia belum makan, kalau tidak mahu saja dia tercirit lantaran jeritan ganas dari belakangnya itu. "Alamak, bos pulak... ," perlahan, Mat A menoleh ke belakang, betentang mata dengan bosnya.

Mat A:Bos, saya minta maaf bos, saya tak sengaja terlewat... Saya hantar...
Bos: Tak sengaja kepala otak kau! Kau sedar tak kau lewat dah sampai tengahari ni! Kalau kau nak lewat setengah jam, aku boleh timbang rasa, tapi kali ni kau memang betul-betul nak cari pasal dengan aku!
Mat A:Maaf bos, saya memang tidak sengaja... Memang say..
Bos:Kau tau tak berapa ramai orang kat luar sana ke hulu ke hilir takde kerja. Sekepuk ijazah kat tangan pon bermati-mati nak kerja. Kau ni pulak bebal, dah dapat kerja bukan nak bersyukur. Aku bagi kau kerja sini sebab kasihan, motor syarikat kau guna bawak balik aku tak pernah kisah. Duit minyak pun aku tanggung. Tapi kerja kau tak pernah ambik serius.  Asal lambat saja, macam-macam  alasan. Kau ingat aku tak tau temberang kau. Sikit-sikit traffic jam. Sikit-sikit sembelit. Kucing bersalinlah. Kali ni apahal?Nenek ko kahwin sebab kena tangkap basah pulak?!
Mat A:... (alamak, macam mana boleh kantoi...). Maaf bos, saya minta maaf, tapi kali ni memang kecemasan, saya hantar ibu saya ke hospital. Ibu saya batuk kuat...
Bos: Oooo.. hari ni mak kau batuk kuat pulak... lepas sekali lagi kau datang lambat, kambing ko pulak yang batuk yang kuat. Kau ingat aku amik Law kat UIA tu saja-saja? (Promosi sedikit) Aku tak cukup bodoh nak percaya temberang budak tak sekolah macam kau lagi Mat. Sudahlah! Sudah aku tak mau dengar apa-apa! Kau ingat, kalau takde posmen, syarikat ni boleh bankrap,rugi? Sekarang, kau pergi kemas meja kau. Kemas baik-baik. Kunci motor bak sini. CEPAAAAT!!!
Mat A: Erm... Bos... Tumpang tanya... Err... Saya kena berhenti kerja ke?
Bos: IYELAH! BERHENTI KERJA! Kau nak sangat datang lambatkan? Bagus! Lepas ni tak payah datang lagi! Kau nak jaga kucing kau pon dah makin senang. Good. You're fired!!! Now get out!! OUT!! OOOOOOUUUUT!!

Bos betul-betul naik hantu pada pagi itu. Tidak pernah Mat A nampak bos sebegitu rupa. Seorang yang cukup dermawan dan tenang, tiba-tiba boleh mengamuk macam orang hilang akal. Selepas melepaskan amarahnya pada Mat A, Bos terus menghala ke biliknya. BAAAAM!!! Kuat bunyi Bos menutup pintu biliknya. Pejabat menjadi sunyi seketika, kemudian... "Padan muka Mat, asyik lambat je", "Entah, dasar pemalas,", "Eh, kesian aku tengok Mat kena teruk macam tu," "Nak buat macam mana, sapa suruh kuat sangat temberang,", "Tak pernah tengok Bos marah gile camtu,"...

Cot-cet-cot-cet-cot-cet...
Bunyi-bunyi kerdil memenuhi pejabat itu. Umpama bunyi nyamuk yang melepak ditelinga anda di waktu subuh, perlahan, tetapi annoying sungguh...

Mata-mata dalam pejabat itu memandang ke arah Mat A. Mat A hanya berdiri disitu. Riak wajahnya seakan-akan tidak percaya apa yang telah berlaku. Sedih hatinya bukan kepalang. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dalam satu hari, tidak, sebab sekarang belum pukul 12 tengah hari, secara teknikalnya cuma setengah hari, jadi, ehem.. ehem... ulang semula...

Dalam setengah hari yang cukup malang ini, Mat A telah kehilangan satu-satunya sumber wang bagi menampung hidupnya, kehilangan satu-satunya pengangkutan yang selama ini digunakan untuk ke pasar, ke klinik untuk membeli ubat batuk ibunya,  dan hari ini juga, Mat A hampir kehilangan ibunya. Segala-segalanya berlaku pada hari ini. Ya, hari ini. Hari ini seluruh hidupnya yang dibina hancur berkecai seperti bangunan-bangunan tinggi yang musnah di Hiroshima dan Nagasaki dek bom atom, yang telah menamatkan Perang Dunia Kedua (Info Sejarah).

Mat A melangkah lemah menuju pintu besar, keluar daripada pejabat itu. Mindanya berkecamuk. Pandangannya kosong. Disaat kakinya tiba di pintu besar pejabat itu, Mat A melayangkan pandangannya ke langit.

Gelap. Mat A bersumpah, sepanjang hidupnya, langit tidak pernah sekelam dan segelap itu. Seolah-olah seiring dengan hatinya yang gundah gulana. Dadanya sesak. Mat A cuba menghirup udara, namun nafasnya pendek dan berat. Mat A sedih dan hiba. "Adakah ini balasan untuk seorang anak yang menyelamatkan ibunya?" rintih Mat A di dalam hati.

Mat A merenung jam Rolex murah ditangan kirinya. Sudah pukul 2 petang. Agak lama juga dia dimaki di dalam office tadi. "Kurrrrrr~~~". Perut Mat A tiba-tiba berbunyi, berkeroncong. "Ya Allah, aku tidak makan lagi hari ni. Patutlah rasa lapar gila," rungutnya sendirian. Mat A terus bergerak dari situ, dan mencita langkah destinasi dan misi seterusnya, MAKAN atau bahasa 'rock'nya, MENGTEKERADAH.

***

"Hari ni aku nak makan apa ya? Nasi ayam pon okay, mee sizzling kat sini pon boleh tahan,"

Mat A berdiri di hadapan sebuah kedai makan kecil. Bau harum dari dapur kedai makan itu cukup-cukup menggugat iman, lebih-lebih lagi bagi orang yang lapar seperti Mat A. Dalam keasyikan Mat A berkira-kira menu makan tengah harinya, tanpa disedari kakinya melangkah ke hadapan kaunter order kedai makan itu.

"Makan dik? Nasi ayam ada, lauk-lauk pun panas lagi ni,"

Mat hanya mengangguk. Matanya memandang tiap-tiap lauk yang dihidang elok dan cantik ditepinya.

Ayam masak merah ada.
Solok lada ada.
Asam tamban ada.
Keli masak lemak pon ada.
Perrrrrh.... menjejeh air liur... (sebenarnya penulis sendiri tengah kecur air liur menyenaraikan lauk-lauk ini, tengah lapar ni)

"Hmmm, makan ikan keli masak lemak lah hari ni"

Mat A mencapai dompetnya... perlahan... dia membuka dompet tersebut...

CAK!!!! RM10 sahaja yang tinggal...

Senyuman Mat A membayangkan ikan keli tadi lenyap serta merta. Mat A rasa seperti hendak menangis. Air mata berkumpul di kelopak matanya. Perlahan, Mat A memandang ke arah makcik penjaga kedai itu, cuba mengukir senyuman. "Nampaknya aku kenyang makan maki ajelah hari ni," jenaka Mat A dalam hatinya, namun sekadar menambah kepada luka hatinya.

"Oh, takpelah makcik, lain kalilah ye,"

Mat A terus berpaling ke belakang, dan terus pergi dari situ. Terhuyung-hayang, Mat A mengatur langkah tanpa tujuan yang pasti. Air mata yang ditahan mengalir perlahan ke pipi. Apa yang boleh dilakukan dengan hanya RM10 didompet?  Bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya dengan HANYA RM10! Bagaimana dia mahu pulang ke rumah setelah motornya tiada? Bagaimana dengan pembiayaan pembedahana ibunya? Bagaimana dia mahu mencari kerja dalam masa tersebut? ARRGGGGHHH!!!!

Segala masalah itu menyerang ke mindanya serentak. Mat A bingung. Mat A tidak tahu apa yang boleh dia buat, walau sedikit, untuk memperbaiki keadaan hidupnya. Tidak pernah dalam hidupnya Mat A rasakan segalanya hilang begitu sahaja, dan pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan dirinya begitu lemah dan tidak berdaya.

"Ya Allah, tolonglah hambamu ini, aku tidak berdaya ya Tuhan, bantulah aku,"

Tik... tik.... tik..... kecebuurrrrrrrr~~~ (bunyi hujan turun lebat secara tiba-tiba)

Dalam kepiluan merintih nasib malangnya itu, hujun yang lebat terus menimpa badan kurus Mat A tanpa belas kasihan. Mat A terus menangis. Dan menangis. Ya, inilah nasibnya. Disaat ini, disaat dirinya hilang segala harapan, hujan turun dengan cukup lebat, seolah-olah meraikan nasib malangnya.

"Jadi inilah jawapan kau hah?! Ini jawapan kau kepada aku?! Aku yang sudah malang ni, kau tambahkan malang? Apa yang kau nak daripada aku hah?!!! Cakaplah!!!! CAKAAAAP!!!!

Mat A seperti orang hilang akal. Mat A cukup berang. Jari telunjuknya dihala ke langit yang dipenuhi kilat sabung menyabung. Mat A marah... dan kecewa. Dia tidak pasti apa yang dia lakukan dan siapa yang dia marahkan. Namun dia yang pasti dia kecewa. Kecewa dengan nasib. Kecewa dengan hidupnya. Kecewa dengan segala-galanya.

Mat A terus menjerit-jerit sambil jarinya dituding ke langit, tak ubah seperti orang gila. Kalau dilihat daripada jauh, memang nampak macam orang yang tengah berdebat dengan guruh dan kilat. Sekali guruh berdentum, sekali jugalah Mat A menjerit. Sekali kilat muncul, sekali jugalah Mat A bertempik. Mat A terlalu sedih dan kecewa.

***

Kaki bangunan Kompleks Kempas dipenuhi dengan wartawan, polis, dan tidak kurang juga dengan orang awam yang penuh dengan rasa ingin tahu, atau menyibuk. Cukup menyibuk sampai pihak polis berulang kali terpaksa mengarahkan mereka untuk bermain jauh-jauh walaupun setelah dipasangkan pita kuning di sekitar kawasan itu. Wartawan-wartawan pula asyik dengan kerja mereka. Ada yang sedang mengambil gambar ada ada yang menemuramah pihak polis dan orang awam.

"Tuan, ini sememangnya kes bunuh diri. Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa terjun seorang diri daripada tingkat 6 bangunan ini," lapor korporal Sahab kepada dengan Inspektor Mazlan dengan penuh formaliti.
"Hmm, ada apa-apa lagi?" soal Insp. Mazlan kepada Kp.Shahab.
"Oh ya, lupa saya nak beritahu, menurut laporan forensik, setelah kepala mangsa bersentuhan dengan tanah, mangsa dipercayai mati serta merta,"
"Yang itu awak tak perlulah beritahu, kalau kepala sudah, berkecai memanglah mati... ish"
"Oooh, haaa, sebelum mangsa terjun, mangsa ada mundar-mandir ditepi tingkat. Mangsa menangis dan menjerit-jerit dalam kira-kira 10 minit. Kami rasakan, mungkin sekali kes ini berlaku kerana mangsa mengalami tekanan perasaan yang melampau,"

Inspektor Mazlan hanya membisu.

"Apa yang dijeritkan oleh mangsa?"
"Manalah saya tahu, CCTV tidak rakam suaralah! Tuan ni, tadi macam pandai sangat, itu pun tidak tahu," perli Korporal.
"Dah tu, awak tahu dia menjerit macam mana?,"
"Saya nampak dia macam marah-marah, lepas tu kadang-kadang tangannya dihalakan ke langit, marah betul tu,"

Inspektor hanya mengangguk. 

Monday, December 5, 2011

MENCARI DEWASA

Perjalanan yang sukar menjadikan anda lebih matang... secara teorinyalah...



SATU persoalan yang selalu bermain di benak fikiran saya... keperluan kesedihan dan pengorbanan dalam menjadikan anda seorang yang 'dewasa'. Perlukah anda jatuh untuk belajar berdiri? Sedih untuk belajar erti gembira? Susah untuk belajar erti senang? MATI UNTUK BELAJAR ERTI HIDUP?


Secara peribadi... saya sendiri cuba belajar erti matang yang sebenar... saya cuba mendidik diri untuk menjadi tenang dan 'cool' dalam setiap keadaan... kerana saya percaya itulah maksud matang yang sebenar... apabila anda tenang, anda boleh berfikir jauh lebih baik daripada ketika anda dikawal emosi...



Saya memang emosional... dan sensitif tidak bertempat, haha. Betul, terlalu ramai yang menegur sifat buruk saya ini, namun sampai ke hari ini... saya masih gagal untuk berubah... saya tetap mudah marah dan berang bila berhadapan dengan masalah, padahal ketika 'ok', sayalah yang paling galak membuat lawak untuk menceriakan suasana... ironi, tapi memang betul...



2011 merupakan tahun yang sangat sukar untuk saya... terlalu banyak perkara yang berlaku, yang seronok dan gembira banyak, tapi yang sedih dan mengusutkan otak lagi banyak... Yang pasti, hampir semua masalah yang datang adalah kerana kegagalan diri saya sendiri... Disebabkan 'ketidakmatangan' saya...



Melalui hari2 yang sukar sepanjang 2011 sepatutnya menjadikan saya lebih matang.. sepatutnyalah...  tetapi yang apa terjadi, hanyalah pertambahan memori2 kurang menyenangkan dalam cerebrum saya, dicampur pula dengan badai perasaan yang melanda jiwa kudus saya ini, haha.. nasib2



Dalam kebanyakan isu yang perlu saya hadapi... saya akan membuat pena'kulan secara win-win... dan saya akan mengambil keputusan yang saya fikir adalah terbaik semua pihak,haha... nampak bertimbang rasa sungguh kan? Tapi kesan keputusan selalu tidak seperti yang diharapkan... saya ingat korbankan sedikit kepentingan diri adalah tindakan yang mulia, tapi malangnya pengorbanan itu bukanlah yang diharapkan oleh satu pihak lagi, umpama seekor kambing belanja rakannya seekor ayam makan rumput... lebih kuranglah... Kesannya, bukan sahaja saya rugi sebagai pihak yang berkorban, tapi juga rugi sebagai kerana saya akhirnya hilang teman yang saya harapkan untuk gembirakan dahulu.. seronoknye~~~~



Menyesal sungguh, disebabkan kebodohan inilah, ramai betul individu yang baik2 disekeliling saya menjadi benci dan marah terhadap saya... Saya nak buat apa? Redha sajalah...



Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama pembaca, janganlah jadi orang seperti saya... maksud saya, segala perkara bengap yang saya pernah lakukan,kerana anda pasti akan menyesal... Percayalah.. Belajarlah daripada kesilapan saya, dan jadilah orang yang lebih mengambil berat tentang pendapat orang lain... Walaupun keputusan anda, dirasakan terbaik untuk orang lain dan paling merugikan untuk anda, cubalah bertanya kepada orang lain dahulu... Saya tidak mahu bertanya dahulu kerana saya malu,hehe... OK... INGAT! Apa yang anda rasakan terbaik itu, mungkin adalah keputusan yang buat anda menyesal seumur hidup... :)

Friday, September 2, 2011

THE TRUE SDARIAN

Selamat tinggal SDAR...


Maka secara rasminya, Zaquan Arif telah dikurniakan gelaran yang cukup istimewa...
Cukup eksklusif dan istimewa... Kalau Dato' dan Tan Sri boleh dibeli...
Tapi gelaran ini... hanya untuk kami...
Ya... sama seperti senior-senior SDAR sebelum ini, kini saya pula memangku 'title' SDARA.



Dia mengejar kecemerlangan
tanpa lupa daratan

Berpewatakan hebat, bersopan

Setinggi mana kejayaan ditempa
Balik mencium tangan ibu bapa

Di barisan hadapan

sebagai pembela
Ilmu di dada menabur jasa
Semakin memuncak cita-cita
Semakin tunduk kepada yang Esa.

Akhirnya, setelah genap 5 tahun saya menjadi seorang SDARian, tiba juga masa untuk meninggalkan rumah saya di Sungai Gadut yang satu ini... Terlalu banyak yang berlaku sepanjang hidup di SDAR, sampai saya terasa berat hati, berat kaki, berat tulang dan segala jenis berat lagi bila tiba masa untuk melangkah keluar...

Kepada sesiapa yang tidak tahu dan ingin tahu,ayat berbunga di atas adalah Profil Pelajar SDAR... jangan tanya siapa yang cipta, mengapa ayatnya tidak sedap,tidak berima atau sebagainya... sebab jujur,kami yang SDARians ini pun tidak pernah diberitahu, masuk2 saja SDAR, sudah terpampang ayat ini di papan tanda sebelah blok Syahbandar dan Temenggung (kini dikenali blok Uthman dan Ali)...

Mengikut tafsiran saya yang lemah bahasa ini,Profil Pelajar mengingatkan kami untuk menjadi seorang yang berani, berketrampilan dan berkarisma (balak)... jangan pernah bersikap sombong dan bongkak... sentiasa menghormati guru dan ibu bapa... dan menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh... Amin...

Tinggi cita2 profil ini, tapi sayangnya sedikit sahaja yang mengambil peduli, dan lebih sedikit pula yang berjaya menepati ciri2 Profil Pelajar SDAR... malu untuk mengaku,tapi setelah 5 tahun,saya juga gagal untuk menjadi sepertimana yang benar2 diseru dalam Profil ini... THE TRUE SDARIAN...

Teringat pula masa pertama kali saya tiba SDAR untuk sesi pendaftaran... ketika itu keadaan meriah, ramai betul yang hadir ketika waktu pendaftaran, kereta bersusun sana sini... macam kenduri kahwin anak PM gamaknya... mana tidaknya, pelajar yang masuk SDAR hanya seorang,tapi habis atuk dan nenek,pakcik makcik,segala kaum kerabat datang berarak bersama... fuh!!

Ayah sangat kagum dan teruja,"Wah,ramai betul orang hantar anak ye bang,ni semua orang semangat nak anak sekolah tinggi2,".Letak sahaja kereta,datang pula seorang 'bro', bermuka tampan rupawan dan berpakaian kemas,  datang menyapa ayah dengan mesra dan macho... tangannya dihulur untuk bersalam... Pergh, ayah bertambah kagum... Bro itulah yang membantu kami sehingga habis urusan pendaftaran... Jujur,saya sendiri berasa kagum dan 'cair' dengan bro ini... Memang idola pelajarlah senang kata... Sebelum pulang,ayah sempat berpesan,"Bang jaga diri baik2, ayah balik dulu... ikut cakap abang ni... OK, ayah balik dulu,"... Ayah pergi...

*daun berterbangan,angin bertiup sayu,muzik sedih dimainkan...*

Yeah, saya pulang ke dorm dan terus menuju ke katil... Baring sambil menatap tingkap... memori mak, ayah, rumah, kucing, komputer... perlahan2 mengalir air mata... dalam sedu sedan,saya tertidur... Tidur... tidur... dan terus tidur....

WOIIIIII!!! FORM 1!!! KUMPUL TENGAH BLOK SKANG GAK!!! CEPATTTT!!! AKU KIRA SAMPAI SEPULUH!!! 1,2,3...

Terus saya terbangun dan menuju ke luar dorm, sedikit 'crack' dan tidak puas hati... "Malaun manalah yang pekik2 ni?"...pandang kiri kanan,budak2 F1 lain lari lintang-pukang turun tangga,cemas... Kalau boleh terjun, mungkin ramai yang sudah patah kaki terjun terus dari blok... Melihat mereka gelabah, saya pun turut serta 'menggelabahkan' diri,berlari ke tengah blok...

FORM 1 LEMBAB!!!
 TERHEGEH-HEGEH!!! KORANG LELAKI KE PEREMPUAN???!!!

Kecut perut... dikelilingi senior2 bermuka garang macam gengster Mexico,patkal saja tak pegang pistol dan sombrero,kalau tidak memang sebiji... Dua kali pandang, baru saya perasan, dalam kalangan gengster2 Mexico ini, terselit bro yang macho tadi... turut bersama menjerit dan men'psiko' kami... Dari saat itu, baru saya tahu, mereka memang pelakon serba boleh... Berlakon jadi hero boleh, berlakon jadi taiko pun ok,malah lagi gempak daripada taiko yang sebenar...

Haha... kelakar kalau dikenang kembali... kenangan ketuk ketampi sampai tak boleh bangun... tertidur sambil berdiri ketika di 'settle'... lari satu SDAR pakai baju melayu... kena lempang sebab tidak pakai baju melayu masa hari Jumaat... dan paling tidak boleh dilupakan... disuruh pumping 30... dalam ejaan... memang terbaek!!! Rasa nak putus nyawa...

Tapi percayalah... inilah yang menjadikan saya lebih kuat... dan sangat2 sayang pada SDAR...
saya juga percaya... dalam penat lelah,peluh keringat,busuk masam kami berpeluh ketika di'settle' setiap minggu... itulah yang mengikat kekuatan batch kami... GEMILANG 711...
kepada ahli Gemilang... friends forever guys... cheers!!!

SDAR... walau apa terjadi... aku tahu... kau dan aku...
kau akan sentiasa dalam hati aku... sebagai memori... sebagai guru... sebagai sebahagian daripada hidup aku... selamanya...

Sunday, August 28, 2011

SEGAN SANG TERUNA VS MALU SI DARA

Realitinya, siapa yang lebih pemalu?


Ya, itulah topik yang tiba2 terpacul dalam kotak minda saya yang berintelektual kelas pertama ini...haha
Siapa lagi pemalu? Lelaki atau perempuan?


Sebenarnya saya baru 'log out' dari laman sosial kegemaran rakyat Malaysia, yang telah menjadikan pemuda Yahudi biasa, kini menjadi kaya raya, yeah, Facebook!!
Seperti biasa saya akan meninjau status rakan2 maya saya, satu persatu...


Ada pasal tak bangun sahur....
Ada pasal bola...
Ada yang pasal SPM...
Ayat2 romantik (copy paste jer tu)...
Bosan...
"SIAL punyer fb... memg langsi..." wah, apsal ni...

Saya sedikit terkejut bila carutan 'heavy' itu datang daripada status seorang budak perempuan Melayu, macam mana boleh jadi kawan FB pun saya dah lupa. Maaf seandainya anda salah seorang daripada golongan ini, tapi saya sangat2 prejudis terhadap golongan kaum Hawa yang tidak tahu menjaga adab, meskipun di FB. Bagi saya, perempuan, khususnya Melayu, perlu untuk mempunyai sifat malu yang tinggi, barulah ada lelaki yang respek, hormat, cair dan terpikat... Mungkin agak kolot bagi sesetengah individu, tapi bagi saya, tidak boleh tidak, sedikit sebanyak, adab sopan dan kaum Hawa memang tidak boleh dipisahkan...

Berbalik kepada topik utama, siapa lebih pemalu? Sebenarnya agak sukar untuk saya menilai darjah malu bagi wanita, mungkin disebabkan kurangnya komunikasi saya dengan kaum berlawan jenis, maklumlah bersekolah satu jantina, bangun sahaja dari tidur,lelaki... dalam kelas, lelaki... riadah, lelaki.... sampai ke tidur, lelaki... aduuuhhh, nasib baiklah saya tidak bertukar minat terus kepada lelaki, nauzubillah...

Malu ialah subjek yang sangat meluas, ada dalam sosial, belajar, ibadat, dan sebagainya, sifat malu ini tidak boleh disamakan antara satu sama lain, ada orang sangat susah hendak dijadikan imam, katanya malu, ad sahaja alasan... tapi bila disuruh menyanyi, menari...M.Daud Kilau pun tabik...

Bersesuaian dengan jiwa remaja saya, saya lebih suka untuk meletakkan perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai subjek malu dalam penulisan ini. Dahulu, saya selalu merasakan lelaki akan lebih mendominasi dalam perhubungan, lelaki yang akan tegur, lelaki yang akan minta nombor telefon, lelaki yang akan meluahkan perasaan... Ini sekadar pandangan umum, sebenarnya saya sendiri pun tak berani nak buat perkara2 tersebut.. segan!!! Haha, mujurlah setelah saya menjadi semakin matang, saya mula belajar untuk berkomunikasi dengan perempuan secara profesional, tiada lagi malu2 dan sengih2 macam kerang busuk, kalau dahulu, hendak pandang pun malu, mungkin inilah kesan langsung daripada kurangnya komunikasi dengan perempuan...

Sekarang lain pula yang jadi, perempuan sudah berani! Saya tidak chauvinist disini, berani merupakan satu sifat yang positif, tapi berani perempuan dalam perhubungan membuatkan saya sedikit terkejut... tidak.. BANYAK TERKEJUT... ada peristiwa yang berlaku melibatkan junior saya dan seorang usher ( tukang tunjuk bilik bahas...haha) kami... anda baca dan fikirlah sendiri.

BABAK PERTAMA

Saya sedang bersama junior2, baru sahaja selesai mengambil gambar bagi kemenangan kami di dalam  Pertandingan Debat Terbuka AYS, yeah, kemenangan sulung kami buat tahun 2011 ( dan satu2nya kemenangan saya untuk tahun itu..huhu)

Junior saya, Mr.X tiba2 datang kepada saya, buat muka tidak bersalah...

"Abg, abg rse usher kite tu lawa tak?"
"Hm... H (usher) ke? Lawa la jugak... apsal?"
"Err.. abg klau saya mintak no die abg marah tak?"
"Haha... apsal aq nak marah plak... ko punyer pasal la,"
"Klau g2 nak mintak tolong bleh?"
"Huh? Ko nak aq mintakkan ke? Banyak cantik..."
"Bukan mintakkan, tp teman, sy malu r"
"Ah.. malas, ko nak mintak sendiri,"
"La... ok fine,.saya mintak sendri, klau sy dapat abg nak bg ap?"
"Eh, pehal lak... bkan aq cabar kau pon,"
"Haha, tengoklah.. saya dapat, xdenye kasi kat abg,".... dan Mr.X berlalu pergi...

Geli hati bila teringatkan peristiwa ini, saya pun tidak pasti samada pertanyaan Mr.X menunjukkan dia malu atau tidak, kalau difikirkan semula, dia seolah2 ingin 'tayang' keberaniannya meminta nombor telefon usher kami kepada saya,haha... tapi muka tidak bersalah Mr.X memang sukar untuk saya lupakan... dan mungkin sebab muka tidak bersalah ini jugalah usher kami memberikan nombornya kepada Mr.X... sejauh mana hubungan Mr.X dan usher kami saya tidak pasti...


Itulah peristiwa yang menunjukkan bahawa lelaki ini penyegan sebenarnya ( playboy terkecuali... alah nama pon playboy). Sejauh mana  dominasi spesis ini dalam golongan lelaki saya tidak pasti, bukannya kita boleh kaji tahap malu...tapi dengan kewujudan Mr.X atau mungkin saya sendiri,haha.. membuktikan lelaki agak pemalu dalam hal2 seperti ini...

Itu cerita pasal lelaki, perempuan pun ad....

BABAK KEDUA


Seperti biasa, balik sahaja daripada pertandingan debat, kami pembahas 'cenderung' untuk menerima banyak 'add' di FB...
Bagi saya, 'rakan-rakan baru' ini datang dengan pelbagai niat dan tujuan, yang berbeza mengikut individu itu sendiri...antaranya:

1. Sekadar ingin berkawan, alang sudah kenal, apa salahnya 'add' di FB
2. Ingin belajar dan berkongsi ilmu, khususnya kepada pendebat yang memang hebat
3. Memang suka 'add' orang, selalunya golongan ini dapat kita lihat melalui rakan FB mereka yang melebihi 1000 orang (bukan semua,selalunya).
4. Berminat dengan anda, kerana anda mempunyai ciri-ciri yang hebat... ya, mereka cuba menggoda dan mengurat anda, haha...

Pusing-pusing, tunggang-terbalik, percayalah, sebab untuk mereka 'add' tidak akan lari jauh daripada niat dan tujuan di atas...KECUALI...saya, yang cukup 'bertuah' kerana dikurniakan junior-junior yang hebat dan terhangat di pasaran. Dan, agenda terakhir ialah:

5. Berminat terhadap junior anda, kebetulan anda senior dan mereka tahu akaun FB anda, anda akan dijadikan posmen pengirim salam tanpa gaji, dan kaunter pertanyaan perihal junior tersebut.

Golongan seperti ini tidak terlalu bijak menyembunyikan iktikad 'add bersebab' mereka ini, yang selalunya mudah di'kantoi'kan...
Mula2, mereka akan bersifat sopan dan menggunakan panggilan yang baik untuk menegur anda... selalunya abang atau kakak... kemudian mereka akan tanya pula perihal pasukan debat, cara latihan, tips-tips debat, rancangan masa depan, dan lain-lain agar anda tidak dapat menghidu tujuan mereka... tapi mungkin disebabkan rasa ghairah mereka untuk 'stalk' junior anda... mereka akhirnya akan bertanya semua...

Semua yang dirasakan mampu untuk anda jawab; perangai, jawatan, cita-cita, impian, alamat rumah, nombor telefon, warna kegemaran, artis pujaan, haiwan peliharaan, nama atuk sebelah ayah... (maaf, saya keterlaluan). Seolah -olah anda ialah malaikat yang diturunkan dari langit ke-7,khas untuk menjaga hal dan kebajikan junior itu, dan dewa cinta yang akan merestui cinta kudus mereka.... haha

Berbalik kepada cerita yang ingin saya sampaikan...
Sejak saya menjadi satu-satunya F5 dalam pasukan bahas, saya kerap kali diadd pelajar yang lebih muda...
F2, F3 dan F4... harus saya akui, sejarah debat saya tidaklah sehebat rakan-rakan pendebat lain, menjadikan saya sedikit hairan dengan tujuan mereka mengadd saya, sampailah... saya perasan dengan tujuan mereka...

Kalau sudah nama pelajar asrama penuh lelaki, sudah semestinya peminat itu perempuan... dan bersyukur kepada Tuhan, belum pernah lagi ada lelaki yang menunjukkan minat kepada junior saya... seram...

Jujur, kebanyakan perempuan yang mengejar junior saya bukanlah daripada golongan yang terdesak hendak mencari teman lelaki, malah ramai juga yang... ehem... berkualiti dan ada kelas... sehinggakan saya sendiri cemburu dengan kejayaan junior saya ini. Tidak cukup dengan lambakan peminat fanatik, saya agak tidak puas hati dengan respon junior saya yang sekadar buat derk sahaja...

Lagi sekali, saya rasakan dunia sudah terbalik, bukan lagi kumbang yang mencari bunga, tapi evolusi agaknya, bunga pula yang tumbuh kaki dan tangan, sampai boleh kejar si kumbang, hingga kumbang yang terbang larikan diri kerana segan dengan si bunga...
Tapi bukan semua kumbang, andai saya menjadi kumbang tersebut, kemungkinan besar saya lebih suka dikejar daripada terpaksa berpenat lelah mencari bunga... haha

Pernah sekali, saya telah diminta (lebih kepada merayu sebenarnya) oleh seorang peminat yang beria-ria minta dirinya disuggestkan kepada junior saya... Saya tolong, dan nampaknya keghairahan peminat itu dipandang sepi oleh junior tersebut... dan sehingga kini, saya tidak lagi bertegur sapa dengan peminat tersebut, meskipun kami bersahabat di FB... mungkin sekali peminat tersebut merasakan tiada lagi perlunya untuk memancing saya untuk terus membantunya... biarlah...



Hmm... saya percaya... perkara yang telah saya tulis diatas bukan satu perkara yang terlalu sukar untuk anda fahami dan akui...
Saya tidak ingin memberikan sebarang komen mengenai tindakan sebarang watak yang dalam cerita diatas, kerana saya menghormati cara individu yang tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka...dan saya memohon maaf seandainya penulisan diatas menyakitkan sebarang pihak, baik secara langsung atau tidak...

Hmm... SEGAN SANG TERUNA VS MALU SI DARA... anda baca, anda fikir, anda pilihlah siapa pemenangnya...

Tuesday, August 16, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maka dengan rasminya, saya telah mengambil keputusan untuk menulis sesuatu dalam blog ini... setelah dua tahun saya hanya tahu berangan-angan tanpa sebarang tindakan... memang dasar Melayu Kampung... haha

Baiklah...
Sebenarnya tujuan post ini adalah tidak selain satu salam 'pemanas badan' untuk blog ini dan diri saya sendiri, agar saya sedar saya sudah punya blog... kerana tidak tahan dengan mulut rakan-rakan yang asyik membuat ayat klise tatkala saya memberi 'kritikan membina' (kutukan sebenarnya...haha) terhadap blog2 mereka yang saya sifatkan sebagai bosan, lapuk, jiwang, dan ntah apa2...

'Ala, ko cakap senangla.. cbe buat, ko ckap jer pandai, dasar  *****'
'Aku cakap jer... memang bosan la... aq xnak la blog ko kne kutuk..haha'
'Sudahla... memg dasar budak debat, taw komen jer, cakap bleh la, memg bjet best...'

...begitulah serba sedikit apa yang saya bualkan dengan beliau.
Kelakar rasanya, tak pasal2 institusi debat pulak yang dikritik, haha...
Perbualan itu membuka mata saya, untuk mula mendalami blog, yang bagi saya merupakan satu medium mempertajamkan minda dalam penulisan dan nukilan idea, terlebih saya minta maaf dengan design blog ini yang sangat tidak 'outstanding', maklumlah saya bukan orang seni. Telah dibuktikan dengan jayanya oleh keputusan Pend.Seni yang 'fail' masa saya Form 3 dahulu... biarlah... orang suruh lukis gambar haiwan peliharaan... pergi lukis gambar kucing lidi... mane la bleh score... tp tu semua cerita lama... sekarang, jangankan haiwan peliharaan, kambing, lembu, gajah, tenuk dan unta Parsi pun boleh saya lukis... percayalah!!!

Saya masih samar-samar apakah halatuju blog ini... apakah nilai yang akan saya hamparkan untuk para pembaca nanti?

Kisah2 pendek?
Novel bersiri?
Isu-isu politik?
Diari peribadi?
Cerita2 lucah? Nauzubillah...


Hmm.... saya masih tidak pasti... biarlah selera jari saya yang menaip ini tentukan...
Akhir kata... assalamualaikum dan salam sejahtera...