Sunday, August 28, 2011

SEGAN SANG TERUNA VS MALU SI DARA

Realitinya, siapa yang lebih pemalu?


Ya, itulah topik yang tiba2 terpacul dalam kotak minda saya yang berintelektual kelas pertama ini...haha
Siapa lagi pemalu? Lelaki atau perempuan?


Sebenarnya saya baru 'log out' dari laman sosial kegemaran rakyat Malaysia, yang telah menjadikan pemuda Yahudi biasa, kini menjadi kaya raya, yeah, Facebook!!
Seperti biasa saya akan meninjau status rakan2 maya saya, satu persatu...


Ada pasal tak bangun sahur....
Ada pasal bola...
Ada yang pasal SPM...
Ayat2 romantik (copy paste jer tu)...
Bosan...
"SIAL punyer fb... memg langsi..." wah, apsal ni...

Saya sedikit terkejut bila carutan 'heavy' itu datang daripada status seorang budak perempuan Melayu, macam mana boleh jadi kawan FB pun saya dah lupa. Maaf seandainya anda salah seorang daripada golongan ini, tapi saya sangat2 prejudis terhadap golongan kaum Hawa yang tidak tahu menjaga adab, meskipun di FB. Bagi saya, perempuan, khususnya Melayu, perlu untuk mempunyai sifat malu yang tinggi, barulah ada lelaki yang respek, hormat, cair dan terpikat... Mungkin agak kolot bagi sesetengah individu, tapi bagi saya, tidak boleh tidak, sedikit sebanyak, adab sopan dan kaum Hawa memang tidak boleh dipisahkan...

Berbalik kepada topik utama, siapa lebih pemalu? Sebenarnya agak sukar untuk saya menilai darjah malu bagi wanita, mungkin disebabkan kurangnya komunikasi saya dengan kaum berlawan jenis, maklumlah bersekolah satu jantina, bangun sahaja dari tidur,lelaki... dalam kelas, lelaki... riadah, lelaki.... sampai ke tidur, lelaki... aduuuhhh, nasib baiklah saya tidak bertukar minat terus kepada lelaki, nauzubillah...

Malu ialah subjek yang sangat meluas, ada dalam sosial, belajar, ibadat, dan sebagainya, sifat malu ini tidak boleh disamakan antara satu sama lain, ada orang sangat susah hendak dijadikan imam, katanya malu, ad sahaja alasan... tapi bila disuruh menyanyi, menari...M.Daud Kilau pun tabik...

Bersesuaian dengan jiwa remaja saya, saya lebih suka untuk meletakkan perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai subjek malu dalam penulisan ini. Dahulu, saya selalu merasakan lelaki akan lebih mendominasi dalam perhubungan, lelaki yang akan tegur, lelaki yang akan minta nombor telefon, lelaki yang akan meluahkan perasaan... Ini sekadar pandangan umum, sebenarnya saya sendiri pun tak berani nak buat perkara2 tersebut.. segan!!! Haha, mujurlah setelah saya menjadi semakin matang, saya mula belajar untuk berkomunikasi dengan perempuan secara profesional, tiada lagi malu2 dan sengih2 macam kerang busuk, kalau dahulu, hendak pandang pun malu, mungkin inilah kesan langsung daripada kurangnya komunikasi dengan perempuan...

Sekarang lain pula yang jadi, perempuan sudah berani! Saya tidak chauvinist disini, berani merupakan satu sifat yang positif, tapi berani perempuan dalam perhubungan membuatkan saya sedikit terkejut... tidak.. BANYAK TERKEJUT... ada peristiwa yang berlaku melibatkan junior saya dan seorang usher ( tukang tunjuk bilik bahas...haha) kami... anda baca dan fikirlah sendiri.

BABAK PERTAMA

Saya sedang bersama junior2, baru sahaja selesai mengambil gambar bagi kemenangan kami di dalam  Pertandingan Debat Terbuka AYS, yeah, kemenangan sulung kami buat tahun 2011 ( dan satu2nya kemenangan saya untuk tahun itu..huhu)

Junior saya, Mr.X tiba2 datang kepada saya, buat muka tidak bersalah...

"Abg, abg rse usher kite tu lawa tak?"
"Hm... H (usher) ke? Lawa la jugak... apsal?"
"Err.. abg klau saya mintak no die abg marah tak?"
"Haha... apsal aq nak marah plak... ko punyer pasal la,"
"Klau g2 nak mintak tolong bleh?"
"Huh? Ko nak aq mintakkan ke? Banyak cantik..."
"Bukan mintakkan, tp teman, sy malu r"
"Ah.. malas, ko nak mintak sendiri,"
"La... ok fine,.saya mintak sendri, klau sy dapat abg nak bg ap?"
"Eh, pehal lak... bkan aq cabar kau pon,"
"Haha, tengoklah.. saya dapat, xdenye kasi kat abg,".... dan Mr.X berlalu pergi...

Geli hati bila teringatkan peristiwa ini, saya pun tidak pasti samada pertanyaan Mr.X menunjukkan dia malu atau tidak, kalau difikirkan semula, dia seolah2 ingin 'tayang' keberaniannya meminta nombor telefon usher kami kepada saya,haha... tapi muka tidak bersalah Mr.X memang sukar untuk saya lupakan... dan mungkin sebab muka tidak bersalah ini jugalah usher kami memberikan nombornya kepada Mr.X... sejauh mana hubungan Mr.X dan usher kami saya tidak pasti...


Itulah peristiwa yang menunjukkan bahawa lelaki ini penyegan sebenarnya ( playboy terkecuali... alah nama pon playboy). Sejauh mana  dominasi spesis ini dalam golongan lelaki saya tidak pasti, bukannya kita boleh kaji tahap malu...tapi dengan kewujudan Mr.X atau mungkin saya sendiri,haha.. membuktikan lelaki agak pemalu dalam hal2 seperti ini...

Itu cerita pasal lelaki, perempuan pun ad....

BABAK KEDUA


Seperti biasa, balik sahaja daripada pertandingan debat, kami pembahas 'cenderung' untuk menerima banyak 'add' di FB...
Bagi saya, 'rakan-rakan baru' ini datang dengan pelbagai niat dan tujuan, yang berbeza mengikut individu itu sendiri...antaranya:

1. Sekadar ingin berkawan, alang sudah kenal, apa salahnya 'add' di FB
2. Ingin belajar dan berkongsi ilmu, khususnya kepada pendebat yang memang hebat
3. Memang suka 'add' orang, selalunya golongan ini dapat kita lihat melalui rakan FB mereka yang melebihi 1000 orang (bukan semua,selalunya).
4. Berminat dengan anda, kerana anda mempunyai ciri-ciri yang hebat... ya, mereka cuba menggoda dan mengurat anda, haha...

Pusing-pusing, tunggang-terbalik, percayalah, sebab untuk mereka 'add' tidak akan lari jauh daripada niat dan tujuan di atas...KECUALI...saya, yang cukup 'bertuah' kerana dikurniakan junior-junior yang hebat dan terhangat di pasaran. Dan, agenda terakhir ialah:

5. Berminat terhadap junior anda, kebetulan anda senior dan mereka tahu akaun FB anda, anda akan dijadikan posmen pengirim salam tanpa gaji, dan kaunter pertanyaan perihal junior tersebut.

Golongan seperti ini tidak terlalu bijak menyembunyikan iktikad 'add bersebab' mereka ini, yang selalunya mudah di'kantoi'kan...
Mula2, mereka akan bersifat sopan dan menggunakan panggilan yang baik untuk menegur anda... selalunya abang atau kakak... kemudian mereka akan tanya pula perihal pasukan debat, cara latihan, tips-tips debat, rancangan masa depan, dan lain-lain agar anda tidak dapat menghidu tujuan mereka... tapi mungkin disebabkan rasa ghairah mereka untuk 'stalk' junior anda... mereka akhirnya akan bertanya semua...

Semua yang dirasakan mampu untuk anda jawab; perangai, jawatan, cita-cita, impian, alamat rumah, nombor telefon, warna kegemaran, artis pujaan, haiwan peliharaan, nama atuk sebelah ayah... (maaf, saya keterlaluan). Seolah -olah anda ialah malaikat yang diturunkan dari langit ke-7,khas untuk menjaga hal dan kebajikan junior itu, dan dewa cinta yang akan merestui cinta kudus mereka.... haha

Berbalik kepada cerita yang ingin saya sampaikan...
Sejak saya menjadi satu-satunya F5 dalam pasukan bahas, saya kerap kali diadd pelajar yang lebih muda...
F2, F3 dan F4... harus saya akui, sejarah debat saya tidaklah sehebat rakan-rakan pendebat lain, menjadikan saya sedikit hairan dengan tujuan mereka mengadd saya, sampailah... saya perasan dengan tujuan mereka...

Kalau sudah nama pelajar asrama penuh lelaki, sudah semestinya peminat itu perempuan... dan bersyukur kepada Tuhan, belum pernah lagi ada lelaki yang menunjukkan minat kepada junior saya... seram...

Jujur, kebanyakan perempuan yang mengejar junior saya bukanlah daripada golongan yang terdesak hendak mencari teman lelaki, malah ramai juga yang... ehem... berkualiti dan ada kelas... sehinggakan saya sendiri cemburu dengan kejayaan junior saya ini. Tidak cukup dengan lambakan peminat fanatik, saya agak tidak puas hati dengan respon junior saya yang sekadar buat derk sahaja...

Lagi sekali, saya rasakan dunia sudah terbalik, bukan lagi kumbang yang mencari bunga, tapi evolusi agaknya, bunga pula yang tumbuh kaki dan tangan, sampai boleh kejar si kumbang, hingga kumbang yang terbang larikan diri kerana segan dengan si bunga...
Tapi bukan semua kumbang, andai saya menjadi kumbang tersebut, kemungkinan besar saya lebih suka dikejar daripada terpaksa berpenat lelah mencari bunga... haha

Pernah sekali, saya telah diminta (lebih kepada merayu sebenarnya) oleh seorang peminat yang beria-ria minta dirinya disuggestkan kepada junior saya... Saya tolong, dan nampaknya keghairahan peminat itu dipandang sepi oleh junior tersebut... dan sehingga kini, saya tidak lagi bertegur sapa dengan peminat tersebut, meskipun kami bersahabat di FB... mungkin sekali peminat tersebut merasakan tiada lagi perlunya untuk memancing saya untuk terus membantunya... biarlah...



Hmm... saya percaya... perkara yang telah saya tulis diatas bukan satu perkara yang terlalu sukar untuk anda fahami dan akui...
Saya tidak ingin memberikan sebarang komen mengenai tindakan sebarang watak yang dalam cerita diatas, kerana saya menghormati cara individu yang tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka...dan saya memohon maaf seandainya penulisan diatas menyakitkan sebarang pihak, baik secara langsung atau tidak...

Hmm... SEGAN SANG TERUNA VS MALU SI DARA... anda baca, anda fikir, anda pilihlah siapa pemenangnya...

Tuesday, August 16, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maka dengan rasminya, saya telah mengambil keputusan untuk menulis sesuatu dalam blog ini... setelah dua tahun saya hanya tahu berangan-angan tanpa sebarang tindakan... memang dasar Melayu Kampung... haha

Baiklah...
Sebenarnya tujuan post ini adalah tidak selain satu salam 'pemanas badan' untuk blog ini dan diri saya sendiri, agar saya sedar saya sudah punya blog... kerana tidak tahan dengan mulut rakan-rakan yang asyik membuat ayat klise tatkala saya memberi 'kritikan membina' (kutukan sebenarnya...haha) terhadap blog2 mereka yang saya sifatkan sebagai bosan, lapuk, jiwang, dan ntah apa2...

'Ala, ko cakap senangla.. cbe buat, ko ckap jer pandai, dasar  *****'
'Aku cakap jer... memang bosan la... aq xnak la blog ko kne kutuk..haha'
'Sudahla... memg dasar budak debat, taw komen jer, cakap bleh la, memg bjet best...'

...begitulah serba sedikit apa yang saya bualkan dengan beliau.
Kelakar rasanya, tak pasal2 institusi debat pulak yang dikritik, haha...
Perbualan itu membuka mata saya, untuk mula mendalami blog, yang bagi saya merupakan satu medium mempertajamkan minda dalam penulisan dan nukilan idea, terlebih saya minta maaf dengan design blog ini yang sangat tidak 'outstanding', maklumlah saya bukan orang seni. Telah dibuktikan dengan jayanya oleh keputusan Pend.Seni yang 'fail' masa saya Form 3 dahulu... biarlah... orang suruh lukis gambar haiwan peliharaan... pergi lukis gambar kucing lidi... mane la bleh score... tp tu semua cerita lama... sekarang, jangankan haiwan peliharaan, kambing, lembu, gajah, tenuk dan unta Parsi pun boleh saya lukis... percayalah!!!

Saya masih samar-samar apakah halatuju blog ini... apakah nilai yang akan saya hamparkan untuk para pembaca nanti?

Kisah2 pendek?
Novel bersiri?
Isu-isu politik?
Diari peribadi?
Cerita2 lucah? Nauzubillah...


Hmm.... saya masih tidak pasti... biarlah selera jari saya yang menaip ini tentukan...
Akhir kata... assalamualaikum dan salam sejahtera...