Friday, August 24, 2012

ADAKAH INI CHENTA?

Cinta itu suci, indah, seronok, marvelous, awesome, outrageous dan semua yang sewaktu dengannya...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang baik hati dan ringan jari mengklik link ke blog saya yang humble nih. Memang agak lama saya tidak menulis, kerana agak sukar untuk mendapat connection yg baik di mahallah (kepada anda yang masih tidak tahu, penulis kini belajar di CFS IIUM di Petaling Jaya, mengikuti program asasi undang-undang selama 1 tahun,insyaallah). Maka dengan kesuntukan masa dan ketiaadaan means yang membolehkan saya online, terpaksalah blog ini menjadi gersang.

Terus kepada tajuk post hari ini, berbicara tentang cinta, eh bukan... CHENTA... Haha
Ternyata perkataan CHENTA ini sarat dengan unsur gedik, mengada-ngada yang agak keterlaluan... dengar je pun dah meluat...

Baru-baru ini, ramai benar kawan saya yang tiba-tiba menjadi mat jiwang. Malam saja mesti mahu buka topik tunang dan kahwin. Saya yang innocent ni pula diminta jadi ahli panel. Ish... manalah saya tahu nak komen. Kalau jadi tukang komen politik tu boleh la sikit-sikit, tapi kahwin-kahwin ni... saya boleh sengih je

Akibat tsunami cinta yg melanda kampus, saya terdetik menulis sedikit mengenai cinta daripada perspektif saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan perkongsian bersama rakan-rakan.

Trend bercinta pelbagai dan bervariasi... berikut saya senaraikan secara lebih terperinci :

1st Trend : Jiwang MeleleeeeeeehTrend ini agak popular dikalangan kebanyakan remaja di Malaysia dan dapat dikenalpasti dengan ayat-ayat super jiwang yang digunakan oleh pasangan tersebut. Perkataan 'sayang, baby, dear, daddy, mummy' secara rasmi menjadi  kata ganti nama pertama dan kedua mereka. Berdasarkan pemerhatian saya, golongan ini lebih sensitif dan amat mudah tersentuh dengan perkara yg dalam hemat saya, agak remeh (lupa ucap selamat malam,lupa bilang I LOVE YOU, tidak tukar relationship status di FB). Kumpulan ini amat menghargai perhatian daripada pasangan masing-masing dalam pelbagai hal, yg sebenarnya menjelaskan mengapa mereka kelihatan sangat dependent antara satu sama lain. Sebab itulah kalau yg lelaki demam, yg perempuan pula yg tidak lalu makan. Bila yg lelaki fail exam, perempuan pula yg menangis teresak-esak.

2nd Trend: Kreek Kreek Bunyi Cengkerik
Berbeza dengan yg diatas, kumpulan ini lebih senyap dan tenang. Senyap dan tenang yg bagaimana? Konsepnya begini, mereka mengaku sedang bercinta, tetapi mereka tidak begitu menunjuk, atau tidak tunjuk langsung mereka bercinta. Berbual sama sendiri tidak ubah macam kawan biasa. Emosi dan perhatian yg diberikan nampak macam mereka pasangan yg sudah kahwin lebih 20 tahun, bosan dan hambar. Antara mereka memang bijak menyimpan perasaan, ataupun mereka memang tidak suka beromantika berlebihan, mereka sahaja yg tahu.

3rd Trend: Hot Couple
Hot yg saya maksudkan bukanlah pada rupa, tapi kepala pasangan kekasih ini. Percintaan mereka meriah, kerana ada sahaja isu yg ingin dipergaduhkan. Hari ini sebab gaduh lama tak call (dah tak caring, dah tak kesah), esok berdamai, lusa gaduh pasal terlebih call pulak (takde privasi, bil melambung). Secara peribadi, saya pelik dengan golongan ini. Bukan apa, kalau nak cari teman gaduh, tak perlu cari kekasih rasanya, ngabehkan boreh jo...

4th Trend: Hanya kau dan aku yang tahu
Perbezaan yg paling ketara dalam trend percintaan seperti ini adalah selalunya golongan ini tidak mengaku mereka bercinta... atau sebenarnya mereka memang tidak bercinta pon. Cuma, bila bertembung dekat jalan, yg lelaki tersengih-sengih, yg perempuan pula control ayu. Bila berbual, mata antara pandang tidak pandang, melilau ke siling, ke lantai untuk mengelakkan eye contact. Masing-masing nampak suka sama suka, tapi mereka berpegang pada prinsip biarlah hanya kau dan aku yang tahu (sebenarnya, dalam kebanyakan kes, bukan mereka je yang tahu, semua orang dah tahu, cuma malas nak komen je).

Berikut sedikit sebanyak trend percintaan paling popular yg dapat saya kongsi bersama anda semua. Perlu saya nyatakan, saya sendiri tidak begitu suka pada erti kata 'percintaan' yg selalu diamalkan oleh kebanyakan remaja dan rakan sebaya. Mungkin berbunyi agak tradisional bagi sesetengah orang, tetapi, bagi saya tidak boleh ada perhubungan yg intim lebih daripada teman baik sebelum perkahwinan. Suka menyukai,  minat meminati, dan cintan cintun memanglah resmi hidup remaja, tetapi perlu ada batasan yg harus diikuti setiap masa.

Atas sebab itulah banyak persoalan berkenaan method bercinta dipersoal, untuk memastikan tindakan bercinta itu agar tidak melanggar hukum agama dan adat. Saya bukan seorang berilmu yg boleh memberikan sebarang komen khusus dalam hal ini. Macam-macam yg saya baca, kejap kata OK, asalkan tak langgar batasan, tidak pegang-pegang, tidak buat maksiat. Ada yg kata tidak boleh langsung ada hubungan kasih antara insan yg bukan muhrim sebelum perkahwinan. Mana yang betul? Wallahu'alam... Saya tidak bercinta, jadi saya tidak kisah sangat...hehehe

Pada rakan-rakan yang sedang hangat bercinta, saya ingin berpesan daripada prospek seorang pelajar. Buat tempoh masa ini, kita perlu sentiasa ingat akan tujuan dan target yg kita ingin kecapi buat masa depan. Cinta itu indah, tetapi, nak beli beras, ikan, susu anak, pampers semua guna duit. Belum ada cadangan lagi untuk matawang rasmi Malaysia daripada Ringgit ke Cinta, jadi sebelum masa itu tiba, anda kena ada kerja. Pandai-pandailah fikir sendiri. Alah, mengayat pandai, takkanlah perkara simple macam ini tak boleh fikir, hehehe... Pesanan untuk anda dan diri saya sendiri.

Sehingga sini sahaja coretan saya buat kali ini, bittaufiq wannajah, wassalamualaikum wbt :)

1 comment: