Saturday, December 31, 2011

SPM: BERMULANYA FENOMENA MISTERI

Tirai 2012 sudah terbuka... tahun yang baik ataupun tidak... anda yang tentukan


Masih tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua pembaca. Saya percaya, anda seperti saya merasakan tahun 2011 lalu memberikan makna yang cukup besar.

Secara peribadi, 2011 merupakan tahun paling banyak mengajar saya tentang kehidupan. Dalam erti kata lain, 2011 merupakan tahun yang paling menuntut saya untuk bersabar, bijak membuat keputusan dan berusaha sehabis kudrat dan daya.

Seperti rakan-rakan sebaya, kami menghadapi SPM pada tahun itu. Kepada sesiapa yang belum menghadapi SPM, percayalah, seandainya anda seorang yang rajin mengkaji kerenah rakan di sekeliling, anda akan melihat satu perubahan senario yang cukup menakjubkan...

Antaranya anda akan menyaksikan perubahan yang drastik dalam perangai rakan-rakan anda. Jika ketika di Tingkatan Empat, topik utama perbualan akan berkisar tentang bola sepak, artis Korea, gadis cantik dan aktiviti hujung minggu. Kaki gosip pula akan ada sahaja cerita baru hendak dibincangkan. Balak si itu, awek si ini, kisah cikgu beli kereta baru, skandal guru besar dengan kerani... macam2.
Namun, segalanya akan berubah tatkala di Tingkatan 5, roh2 SPM mula ditiupkan ke dalam jiwa pelajar2 ini. Mereka mula berbicara cita2 dan impian, harapan untuk masa depan. Nama universiti hebat2 seantero dunia mula diambil perhatian, kalau dahulu hanya nama UM dan UIA sahaja yang melekat dalam otak. Kaki gosip mula insaf, tidak lagi mahu mengumpat dan menyebar fitnah. Takut tidak berkat, kata mereka.

Ini baru satu... banyak lagi perubahan ketara yang akan lihat. Kerja rumah sebagai contoh. Dahulu, boleh dilihat berapa kerat sahaja yang akan menyiapkan segala latihan dan esei yang diberi. Muka yang menghantar kerja pun sama saja. Tidak sampai sepuluh minit, siap sudah tugas guru menyemak dan menanda. Tapi, bila SPM sudah hampir, dunia terbalik. Kerja rumah jadi hobi. Sampai tidak menang tangan cikgu hendak menyemak
 semua latihan. Itu belum kira lagi pelajar yang meminta guru untuk meluangkan masa untuk menyemak latihan peribadi mereka... Haha, jangan ingat pelajar sahaja yang bencikan peperiksaan.

Dan seandainya anda perasan, semakin dekat dengan SPM, semakin mudah hati guru untuk terasa. Contohnya seperti yang berlaku kepada diri saya sendiri. Saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam subjek Sejarah. Entahlah, memang sejak saya Ting 1, sejarah memang tidak ngam dengan saya. Hendak dijadikan cerita, ketika saya menduduki peperiksaan percubaan SBP, saya hanya mendapat 70 sahaja untuk Sejarah. Meskipun cukup2 A-, saya sudah cukup bersyukur. Tapi ada yang tidak kena dengan kertas saya. Dihadapan muka kertas jawapan itu, guru Sejarah saya menulis sesuatu dalam dakwat merah, pekat.

KENAPA JAWAPAN KAMU PENDEK2? SUDAHLAH TIDAK DIBUAT DALAM PERENGGAN.
KAMU JANGAN INGAT KAMU SUDAH BAGUS SANGAT!!!

Begitulah lebih kurang bunyinya, yang saya pasti frasa 'sudah bagus sangat' memang ada. Silap saya juga kerana tidak mengambil serius hal ini, dan buat 'derk' saja. Hal ini kerana guru Sejarah saya merupakan seorang yang lembut dan murah dengan senyuman. Saya langsung tidak menyangka notis berwarna merah darah itu umpama satu bom jangka.Akibat terus-menerus berbuat 'derk' dalam seminggu, tiba-tiba sahaja, saya dipanggil oleh guru kelas. Katanya, apa yang saya telah lakukan sehingga dikatakan biadap dan sombong kepada guru Sejarah. Saya sekadar menjawab dengan muka pelik dan kagum... (O.O)
Sungguh, saya langsung tidak faham dan mengerti. Apa yang sombong dan biadap pun saya tidak tahu. Namun, mendengar nasihat rakan, saya menebalkan muka untuk meminta maaf kepada guru tersebut kerana menjawab 'main2' dalam peperiksaan itu. Meskipun saya tidak pernah menjawab peperiksaan dengan main2, dan meskipun saya masih tidak faham dimanakah datangnya sombong dan biadap, saya bersyukur keran tindakan itu telah berjaya membersihkan nama saya dan menjernihkan kembali hubungan saya dan guru tersebut.

Ketika hampir-hampir SPM juga, jarang benar anda dapat lihat lampu bilik terpadam sebelum pukul 1. Khususnya bagi pelajar yang menginap di asrama. Ramai yang gigih mengulangkaji. Tidak kurang juga khusyuk bertahajud dan berzikir untuk keputusan yang cemerlang. Makin jernih muka rakan2, diserikan berkat air sembahyang. Terdapat golongan yang kurang senang dengan keadaan ini.
"Sudahlah! Dah nak SPM baru nak sembahyang... Selama ni Subuh asyik burn jer,"

Haha... tiada komen...

Itulah serba sedikit kenangan yang ingin saya kongsikan bersama anda. Banyak lagi yang ingin saya sampaikan... namun kering idea saya untuk mengolahnya bagi tatapan anda semua. Akhir kata... selagi mana sistem pendidikan negara masih berorientasikan peperiksaan seperti hari ini... SPM adalah satu perkara yang pasti untuk anda semua... ingat2 kan lah diri anda untuk bersedia... nasihat saya, jangan pernah menganggap Ting 4 sebagai honeymoon year... Pada masa yang sama, janganlah terlalu memberikan tekanan akademik terlalu besar kepada diri sendiri, sebaliknya, belajarlah mengikut kemampuan anda dengan konsisten...

Salam sejahtera dan selamat menghadapi SPM...

*Penulis akan menerima keputusan SPM dalam bulan 2 atau 3 2012, saya mohon pembaca mendoakan agar penulis mendapat keputusan yang  sangat cemerlang dalam SPM itu nanti.  Terima kasih :)

1 comment:

  1. baguslah semuani
    datang dari hati kamu sendiri
    aq yakin ia bukan rekaan semata mata

    ReplyDelete