Sebelum itu, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yg bermurah hati untuk meluangkan masa untuk menjenguk blog saya yang humble ini. Sudah lama rasanya tidak memerah idea untuk menaip, dan di pagi yang sejuk, suam-suam kuku ini... tiba2 terasa rajin pula nak menaip...
Baiklah, let's get to the point, shall we?
Umur 18 tahun, menjadi satu petanda perubahan yang besar untuk diri anda. Buat pertama kali dalam hidup, anda tidak lagi dianggap sebagai juvana dan secara sah tindakan anda mula dihakimi berdasarkan undang-undang dewasa.Kalau dulu curi barang kena kaunseling je... sekarang curi masuk penjara bai... haha
Anda sudah mula dilihat sebagai matang dan secara automatiknya datanglah segala bentuk tanggungjawab.
Mengapa? Why? Pourquoi?
SEBAB ANDA SUDAH MATANG! Cmonlah! Sudah 18 tahun hidup, mestilah minda kita sudah berkembang, jadi matang, penuh dengan daya intelek dan kreativiti agung yang melimpah ruah.... WOW!!
Tapi.... secara peribadi saya tidak rasa apa2... walaupun saya amat mengalukan umur 18 tahun sebagai lambang permulaan hidup sebagai seorang lelaki sejati di dunia penuh pancaroba ini.
Imbas kembali 12 tahun yang lalu... sewaktu saya masih seorang budak kecil yang naif dan comel.
Dunia saya hanyalah tadika, Power Rangers, Digimon, dan sandwich telur....
![]() |
Terserlah kematangan dan kebijaksanaan beliau. |
Kerana saya masih lagi tidak merasai 'matang' itu. Satu perubahan corak pemikiran yg secara drastik boleh menjadikan saya melihat dan menilai dunia dalam perspektif dewasa. Saya masih menunggu... ANDA?
Ataupun sebenarnya kita semua tidak pernah dewasa? 18 tahun dalam kehidupan, kita hanya belajar untuk mejadi seperti orang lain, mengikut telunjuk dewasa orang lain.
Contoh:
1. Anda lihat orang dewasa tidak tengok kartun, maka untuk matang anda pon tidak tengok kartun.
2. Anda lihat orang dewasa bercinta, maka untuk matang anda juga bercinta.
3. Anda dengar ada orang yang meletakkan merokok sebagai lambang matang (had umur 18 tahun), dan dengan penuh machonya anda pun turut merokok.
4. Anda lihat orang dewasa selalu cover; cover ayu, cover macho, cover jalan, jadi sebab takut orang kata anda berperangai budak kecik, anda pon coverlah juga
dan... banyak lagi....
Hadiah hari jadi saya untuk tahun ini... adalah satu kesedaran...
Sebenarnya kita tidak pernah dewasa... kita hanya belajar untuk memahami keadaan sekitar supaya kita tidak dilabel pelik dan luar biasa... :D
Apakah erti kedewasaan dalam diri anda?